Thursday, July 4, 2024

Creating liberating content

Kartunis Zunar Bebas Dengan...

KUALA LUMPUR - Kartunis Zunar dan empat yang lain yang ditahan dalam satu...

SPR Kelantan Terima Notis...

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan hari ini mengesahkan menerima notis...

Najib Tak Pernah Minta...

PETALING JAYA – Peguam cara Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Zaid...

Penyokong Najib Berkumpul Di...

PUTRAJAYA - Kira-kira 50 orang penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak berkumpul di...

Les’ Copaque Anjur Upin Dan Ipin Fun Run Di MAEPS

KUALA LUMPUR – Les’ Copaque Production Sdn Bhd dengan kerjasama The Marathon Company buat julung kalinya menganjurkan ‘Upin dan Ipin Fun Run’ pada 23 Disember ini di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

Les’ Copaque Production dalam satu kenyataan hari ini berkata larian sejauh tiga kilometer itu akan bermula pada jam 7 pagi, diselitkan dengan pelbagai aktiviti sampingan bagi menceriakan peserta sehingga ke garisan penamat.

Maskot Upin dan Ipin akan turut membuat kemunculan bagi memberikan semangat kepada para peserta.

Setiap peserta akan mendapat T-shirt dan bib larian, medal larian edisi terhad dan beg jerut dengan hadiah barangan Upin dan Ipin bernilai RM200.

Acara larian tersebut diadakan bersempena ‘Karnival Upin dan Ipin dan Kawan-kawan’ yang bermula pada 20 sehingga 23 Disember, mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam.


Karnival itu mengetengahkan persembahan pentas utama Upin dan Ipin dan Kawan-kawan, Pada Zaman Dahulu dan Puteri selain menampilkan lebih 20 maskot berbeza.

Pendaftaran untuk menyertai Upin dan Ipin Fun Run boleh dibuat di http://www.racexasia.com/event/upinipin-fun-run-2018/ sebelum 24 November. Tempat adalah terhad. – BERNAMA

Kategori