Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Cuaca Kawasan Pencarian Pesawat...

Pasukan mencari dari pelbagai negara berharap cuaca baik pada hari ini akan memberikan...

JDT Kandas Di Separuh...

KUALA LUMPUR - Impian kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) mempertahankan kejuaraan Piala AFC...

VIDEO: Konsert Makin Hampir,...

SELANGƃā€šĆ‚Ā tiga hari sebelum persembahan berskala besar di konsert unpluggedƃā€šĆ‚Ā pertamanya, penyanyi nombor satu negara...

Kebocoran CCTV, MAHB Mulakan...

PUTRAJAYA - Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah memulakan siasatan dalaman bagi mengetahui...

Lima Ketua Cabang Bantah Pemilihan Semula

MELAKA – Lima ketua cabang PKR Melaka membantah sekiranya diadakan pemilihan semula parti kerana ia akan menjejaskan nama baik parti itu.

Timbalan Pengerusi PKR Melaka, Gue Teck berkata selain menjejaskan nama baik ia sudah tentu akan melibatkan kewangan dan masa manakala ahli yang tidak berpuas hati pula mungkin tidak akan hadir untuk mengundi.

Selain Gue, empat lagi ketua cabang yang berpandangan sama ialah Dr Ahmad Abdul Wahid (Alor Gajah), Halim Bachik (Masjid Tanah), Kapten (B) Zulkifli Othman (Jasin) dan Mohd Rafee Ibrahim (Bukit Katil).

Gue yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa sebelum ini pemaju tablet (e-undi) memberi jaminan bahawa segala data dan maklumat adalah terjamin dan terkawal.

Katanya beliau dan empat ketua cabang yang lain itu menyarankan agar satu mesyuarat tergempar diadakan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Gue yang juga calon ketua cabang Tangga Batu itu berkata masalah teknikal juga telah menimbulkan keraguan dalam kalangan banyak pihak, apatah lagi apabila kemungkinan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) akan mengadakan semula pemilihan, seperti yang dilaporkan oleh media.


Bernama sebelum ini melaporkan kedudukan keputusan pemilihan bagi empat cabang PKR di Melaka akan dibawa ke Mesyuarat Biro politik yang akan diadakan di ibu pejabat parti berkenaan malam esok.

JPP PKR Melaka menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan rasmi pemilihan di empat cabang melibatkan Jasin, Tangga Batu, Masjid Tanah dan Kota Melaka itu masih belum dapat diumumkan akibat masalah teknikal.

Pemilihan PKR Melaka Sabtu lepas melibatkan seramai 9,387 anggota parti layak mengundi bagi memilih barisan pemimpin di peringkat pusat dan enam cabang di negeri ini. – BERNAMA

Kategori