Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

‘Diserang’ Netizen, Rita Kecil...

SEJAK terpalit kontroversi kahwin suami orang, akaun Instagram pelakon, Izreen Azminda ditutup bagi...

Iskandar Samad Bakal MB...

KHABAR angin bertiup kencang yang Pengerusi Pas Selangor, Iskandar Samad bakal menjawat jawatan...

Mangsa Zika Selamat Lahirkan...

PUTRAJAYA - Seorang wanita mengandung dari Johor Bahru yang dijangkiti virus Zika telah...

Banyak Negara Bergegas Sekat...

WASHINGTON : Semakin banyak negara bergegas menyekat kemasukan dari selatan Afrika berikutan pengesanan...

Lion Air Miliki Rekod Masalah Teknikal

JAKARTA – Sebuah pesawat Lion Air yang terhempas di laut sejurus berlepas dari Jakarta hari ini mempunyai rekod masalah teknikal, tetapi ia berjaya diselesaikan mengikut prosedur, kata ketua eksekutifnya, Edward Sirait.

“Sebelum ini pesawat sama pernah terbang dari Denpasar menuju ke Cengkarang, Jakarta. Terdapat laporan mengenai masalah teknikal dan ia berjaya diselesaikan mengikut prosedurnya,” kata Sirait memberitahu wartawan sambil menolak untuk menjelaskan jenis isu teknikal dihadapi pesawat berkenaan.

Katanya, syarikat Lion Air mengendalikan 11 pesawat model yang sama, namun Boeing 737 Max 8 dan pesawat lain tidak mempunyai masalah teknikal yang sama.

Tambahnya, pihaknya tidak merancang untuk menghentikan perkhidmatan pesawat jenis Boeing 737 Max 8 yang lain. – Reuters/BH ONLINE

Kategori