Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hantu Pengantin Perempuan Merayau...

Hantu seorang pengantin perempuan yang meninggal dunia 27 tahun lalu dalam satu kemalangan...

Muhyiddin Kini Ibarat ‘Duta’...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menerus...

Pakaian Seksi Itu Ezzaty...

PELAKON Ezzaty Abdullah memberitahu dia terpaksa berpakaian seksi bagi membawakan watak 'ibu ayam'...

Wanita Tukang Urut Bakar...

SIBU - Akibat tidak tahan dengan tekanan kerja sebagai tukang urut, seorang wanita...

Lompat Parti Dan Proses Penyucian

ADA dua perkara yang sepatutnya dipersoalkan pada Pakatan Harapan (PH) dan terutamanya PPBM berhubung lompatan ahli parti lain ke parti PH.

Satu, bukankah ini bermakna lompatan hanya helah politik untuk menyucikan sesiapa sahaja yang pernah terpalit skandal kerana kesalahan terus didiamkan.

Kedua, kalau pun ada alasan diberi yang mereka yang bersih sahaja diterima, siapa pula yang bertugas sebagai jawatankuasa yang menentukan tahap kebersihan ini?

Malah, standard tahap kebersihan ini juga sudah tentu berbeza menurut parti-parti dalam PH yang mempunyai pandangan masing-masing.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng misalnya, sudah terpalit skandal salah guna kuasa dan sudah dihadapkan ke mahkamah.

Tidak ada pemimpin lain yang setaraf dengan beliau dalam hal ini. Kalau ada pemimpin UMNO yang berdepan tuduhan sama, adakah akan dikira bersih untuk menyertai PH?

Bagaimana pula status pemimpin yang pernah disiasat SPRM tetapi kemudian kesnya terus senyap selepas menyerahkan borang keahlian PPBM dan mendapat kad ahli?

Ini semua menunjukkan dakwaan selama ini yang PH membeli dan mungkin juga mengugut ahli Parlimen UMNO supaya menyertai mereka semakin boleh dipercayai.


Pada ramai pemerhati politik, ini semua sudah jelas, sudah terang lagi bersuluh.

Ini semua ialah usaha untuk membina blok yang cukup di Parlimen untuk agenda politik tersendiri pemimpin PPBM.

Agenda ini sudah menjadi perbualan sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

PPBM ingin melakukan hijack terhadap UMNO dengan menerima lompatan dari parti pembangkang terbesar ini.

Soal kleptokrasi, korupsi dan sebagainya hanyalah retorik pilihan raya. Bila tiba bab kuasa, itu semua sudah tidak penting lagi.

Buktinya, banyak dakwaan yang dijaja sebelum pilihan raya lalu kini didiamkan dan tidak timbul lagi. – Mynewshub.tv

  • Lagi berita berkaitan:
  • PPBM

Kategori