Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gambar: Cucunda Sultan Pahang...

Keadaan banjir di Pahang buat masa ini masih lagi belum surut dan majoriti...

Harga Minyak RON97 Naik...

PUTRAJAYA - Harga runcit bagi minyak petrol RON97 naik sebanyak 10 sen seliter...

Bom Di Jakarta: Daesh...

KAHERAH - Militan Daesh mengaku bertanggungjawab dalam insiden serangan di perhentian bas Jakarta,...

Azmin Keseorangan Bela Nasib...

BELUM pernah berlaku dalam sejarah seorang timbalan presiden sebuah parti yang bertaraf ketua...

LTA Kendali Lapang Sasar Golf Awam Langkawi

LANGKAWI – Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) mengambil alih pengendalian lapangan sasar golf awam Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di sini bagi menyemarakkan kembali minat orang ramai menggunakan kemudahan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA Datuk Azizan Noordin hari ini berkata sebagai permulaan, kemudahan berhampiran Kompleks Sukan LADA itu akan dibuka secara percuma kepada penduduk sekitarnya yang berminat berusia 17 tahun dan ke bawah, sebelum dibuka secara rasmi kepada orang ramai mulai 1 Nov ini.

“Melalui persetujuan dengan LTA, sebuah kafeteria, sebuah surau dan lebih banyak lot letak kenderaan akan disediakan di lapangan sasar itu pada masa akan datang untuk kemudahan mereka yang ingin berlatih membuat pukulan di sini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lapangan sasar ini juga akan menyediakan khidmat pemain golf profesional bagi membantu peminat sukan berkenaan ketika menjalani latihan.

“Lapangan sasar ini akan menjadi pelengkap bagi usaha mempromosi permainan golf di pulau ini, yang ketika ini mempunyai tiga padang golf, termasuk The Els, yang dianggap bertaraf dunia,” katanya.

Azizan berkata usaha mengaktifkan kembali lapangan sasar itu merupakan satu lagi kejayaan dalam usaha mencungkil pemain golf berbakat di Langkawi, setelah pulau ini berjaya melahirkan atlet bertaraf antarabangsa dalam sukan perahu layar dan beberapa sukan lain.


“Lapangan sasar ini juga bertujuan menunjukkan bahawa golf bukan sukan untuk golongan berada sahaja, tetapi semua orang mampu menikmatinya,” kata beliau.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LTA Zainudin Kadir berkata berikutan pengambilalihan operasi lapang sasar berkenaan, pihaknya merancang menaja beberapa pemain muda golf Langkawi untuk menyertai kejohanan tempatan dan di luar pulau ini.

“Kami ada beberapa pemilik produk pelancongan yang menunjukkan komitmen untuk menyumbang kepada kejayaan rancangan itu, yang saya harap akan menjadikan Langkawi bukan sahaja terkenal dalam bidang pelancongan, tetapi juga kerana pencapaian dalam permainan golf,” katanya. – BERNAMA

Kategori