Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemandu Bas Bahayakan Penumpang...

KUALA LUMPUR - Pemandu bas yang ingkar peraturan jalan raya sehingga membahayakan keselamatan...

Rafizi Kata Anwar Berpotensi...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mempertahankan keputusan Datuk...

Tragis, Muka Budak ‘Hancur’...

GUA MUSANG - Seorang kanak-kanak Orang Asli berusia sembilan tahun nyaris maut selepas...

Tak Sebut Nama Izreen,...

ORANG lain punya hal, orang lain pula yang kena tanggung akibat... Disebabkan status...

Luciano Figueroa Mohon Maaf

JOHOR BAHRU – Pengurus dan Ketua Jurulatih Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa memohon maaf kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan penyokong JDT dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memohon maaf diatas kegagalan skuad JDT mara ke final Piala Malaysia selepas tewas kepada Terengganu dengan agregat 3-2 dalam aksi separuh akhir kedua kejohanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

“Saya mahu meminta maaf kepada semua penyokong kerana kami mahu menang dan mahu mara ke peringkat akhir, tetapi kami telah tersingkir. Terima kasih kepada semua kerana sering memberi sokongan kepada kami.

“Tidak ada apa lagi yang boleh saya katakan. Saya amat sedih dan hanya mahu meminta maaf kepada para penyokong dan juga kepada Tunku Mahkota Johor,” katanya hari ini.

Terengganu mengesahkan tiket ke final Piala Malaysia malam tadi selepas mengikat JDT dengan kedudukan 2-2 di gelanggang lawan untuk mencatat kemenangan agregat 3-2.

Tunku Ismail merupakan pemilik kelab bola sepak JDT.


Terdahulu, Figueroa mengucapkan terima kasih kepada para pemain kerana telah memberikan yang terbaik sepanjang perlawanan di atas padang.

Katanya, beliau dan barisan pemain JDT berasa sangat sedih kerana tersingkir dalam saingan itu walaupun bermain dengan baik dan sentiasa menyerang serta mencipta banyak peluang gol.

“Namun kami tidak berjaya menjaringkan gol dari peluang yang kami cipta sendiri,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • JDT

Kategori