Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Speaker Kecewa Sikap Ahli...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun kecewa dengan...

Pelan Baharu Pembangunan Pendidikan...

BANGI - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, dijangka diumumkan menjelang akhir...

Perkasa Tak Tunduk Dan...

KUALA NERUS - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya...

Farra Bagaikan Puteri Bakal...

PENYANYI yang pernah popular dengan lagu Bagaikan Puteri sekitar dekad 1990-an, Farra tidak...

MA63: J/K Pemandu Diketuai PM, 16 Anggota

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew View Keong hari ini mengumumkan 16 nama anggota Jawatankuasa Pemandu yang diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyemak dan menyelaraskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Selain beliau, mereka yang menganggotai jawatankuasa itu ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo;

Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Kerja Raya Baru Bian, Menteri Perdagangan Antarabangsa Darell Leiking, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk David Wong Dak Wah, Peguam Negara Tommy Thomas, Professor Undang-undang Universiti Malaya Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, Peguam Besar Sabah Zaleha Rose Pandin dan Peguam Besar Sarawak Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid.

Liew berkata, jawatankuasa itu juga akan mengadakan mesyuarat dalam masa sebulan di Putrajaya bagi menentukan hala tuju mengenai MA63 ini.

Liew yang menghadiri program ‘Law Reform Talk’ di Universiti Malaya di sini, hari ini berkata, antara isu yang akan dikaji dalam MA63 termasuk isu tuntutan royalti minyak serta pembangunan di Sabah dan Sarawak.

“Saya berpendapat ia sangat terangkum dengan meliputi begitu banyak isu yang sangat dekat di hati dan minda setiap penduduk Sabah serta Sarawak.

“Secara umum, kami tidak mahu kembali kepada aspek sejarah perkara ini disebabkan sesetengah isu mungkin boleh dipersetujui tanpa banyak pertikaian… terus saja kepada aspek teras perkara ini, pelaksanaan MA63,” katanya.


“Semuanya kini siap sedia bagi memastikan kajian itu selesai dalam masa enam bulan. Selepas enam bulan, laporan akan dibentangkan… ia boleh dipendekkan, tetapi enam bulan adalah untuk melihat cara terbaik untuk pelaksanaan MA63,” katanya.

Dalam perkara berasingan, Liew berkata kabinet turut bersetuju untuk menimbangkan pemansuhan hukuman mati.

“Ini juga adalah satu perkembangan besar di negara ini dan saya harap memorandum berkaitannya dapat disiapkan,” katanya. – BERNAMA

Kategori