Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Khazanah Harap Kerajaan Gubal...

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd berharap kerajaan akan menggubal 'Akta MAS' awal...

Video Aziz Laikar Tak...

KETUA komunikasi AirAsia Berhad, Aziz Laikar baru-baru ini menyiarkan sebuah video melalui media...

Kerajaan Perlis Disaran Pulihkan...

KANGAR - Kerajaan Perlis disaran memulihkan ladang anggur di Sungai Batu Pahat, di...

Viking homeschool! Free printables,...

Writeoff your thought procedure make a mind map of the assorted joined characteristics...

Mahathir Berlakon Tolak Sumbangan RM100 Juta

DRAMA… Parti politik dalam Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bernasib baik kerana belum ada pegawai bank tempatan yang berani membocorkan maklumat dana politik yang mereka terima.

PH juga bernasib kerana ketiadaan Akta Dana Politik membolehkan mereka sembunyikan maklumat dana politik yang diterima. Semalam Tun Mahathir Mohamad memberi pelbagai alasan untuk melewatkan Akta Dana Politik.

Sebenarnya DAP antara parti yang kuat menentang Akta Dana Politik. Mungkin mereka menerima banyak dana daripada ramai ‘towkey’ judi termasuk daripada sumber kegiatan haram.

Jadi DAP selama ini agak terselamat daripada segala tindakan kesalahan jenayah money laundering di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) yang diwujudkan pada zaman Mahathir dahulu.

Towkey Country Height, Tan Sri Lim Kim Yew dalam temubual eksklusif bersama The Sunday Star (22 Julai 2018) secara terbuka mengakui menyokong Mahathir untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bahkan dia yang menemukan Mahathir dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang ketika itu Ketua Menteri Pulau Pinang, pada tahun 2016 sehingga membawa kepada pembentukan pakatan pembangkang.

Maka amat mustahil dia tidak memberi dana kepada PPBM dan DAP. Bahkan dia pernah mengaku menaja banyak aktiviti perhimpunan haram dan seminar politik anjuran PH sebelum pilihan raya umum (PRU).

Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

Antara satu sebab dia marah kepada Kerajaan BN terdahulu kerana sering dikejar oleh pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ekoran sering lewat membayar cukai.

Sebab itu apabila Mahathir buat kenyataan, konon menolak sumbangan RM100 juta kepada Tabung Harapan Malaysia, ia adalah lakonan. Siapa yang berani jamin mereka itu tidak beri dana politik kepada PH.

Tabung Harapan Malaysia itu sendiri adalah sebenarnya tabung politik PH tetapi dihalalkan atas alasan konon mahu membantu kerajaan kerana dibebani hutang RM1 trilion yang ditinggalkan oleh Kerajaan BN.

Sebaliknya apabila PH berkuasa, Mahathir menggunakan AMLA untuk bertindak ganas terhadap dana politik yang diterima UMNO. Mengekspoitasikan isu RM2.6 bilion sebagai sumber curi daripada 1MDB.


Tekanan dibuat terhadap UMNO. Bukan sahaja akaun UMNO Pusat dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bahkan akaun beberapa UMNO peringkat negeri turut dibekukan.

Tidak cukup dengan itu, duit pilihan raya UMNO sebanyak RM160 juta juga dirampas. Pada 15 Oktober ini kes tuntutan UMNO terhadap rampasan ini akan didengar di mahkamah.

UMNO tuntut RM160 juta yang dirampas polis di sebuah kondominium di Pavillion KL. Polis mendakwa mereka konon cuma ambil RM116.7 juta sahaja. Mana baki RM43.3 juta lagi? Hilang atau dicuri?

Itu duit UMNO dan UMNO menuntut jumlah RM160 juta. Polis mendakwa ketika serbuan dibuat untuk rampas wang tersebut, ia dilakukan secara profesional.

Bagaimanapun UMNO pula mendakwa serbuan pada 17 Mei itu adalah tidak sah dan salah dari segi undang undang. Kenapa buat rampasan apabila pemiliknya tiada di rumah?

Tiada saksi, tiada surat yang ditandatangani termasuk counter signature daripada pemilik sebagai pengesahan. Begitu juga kenapa tidak dikira jumlah wang yang dirampas di hadapan pemiliknya.

Maka tagline “Malaysia Baru” konon adalah transparensi, sebenarnya adalah bohong dan karut.

Mohd Puad Zarkashi
6.10.2018

Kategori