Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tak Pasal-Pasal Berbuka Sekali...

MENJADI kebiasaan buat umat Islam di Dubai, berbuka puasa beramai-ramai di kawasan lapang...

Johor Lancar Pusat Dokumentasi,...

JOHOR BAHARU - Pusat dokumentasi dan laman seni warisan Johor dilancarkan di sini...

DBKL Akan Tentukan Kadar...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menentukan kadar sewa untuk...

Setiausaha Politik Nafi Azmin...

KUALA LUMPUR – Setiausaha politik kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan kononnya...

Pekerja Diberhenti Tidak Ikut Syarat Lapor Kepada JTK

ALOR SETAR – Pekerja yang diberhentikan tanpa syarat pemberhentian kerja digesa melaporkan perkara itu kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) bagi membolehkan tindakan diambil terhadap majikan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata sehingga kini banyak kes seumpama itu berlaku dan ia dapat diselesaikan menerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia.

“Saya ingat ramai tak tahu cara untuk mendapatkan hak mereka sebagai pekerja apabila diberhentikan tanpa syarat pemberhentian yang sepatutnya kerana menerusi mahkamah itu mereka layak mendapat ganjaran dan bayaran tertentu.

“Malah di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sendiri bagi yang diberhentikan menerusi Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), mereka menerima bantuan sebanyak RM600 selama tiga bulan sementara mereka merancang kehidupan atau mencari pekerjaan baharu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Cek Bayaran Faedah Pengurusan Jenazah sebanyak RM2,000 kepada Nur Suhaili Md Arshad, 33, di rumahnya di Kampung Alor Stol, di sini, hari ini.

Nur Suhaili adalah balu kepada pekerja syarikat konsesi pembersihan Environment Idaman (E-Idaman) Sdn Bhd, Allahyarham Mohamad Amran Mohd Salleh yang maut dalam kemalangan jalan raya ketika bertugas pada 9 Okt lepas di Jalan Kuala Kedah, di sini.

Anggota Parlimen Pokok Sena itu juga menambah kata, kerajaan sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi rakyat yang diberhentikan kerja sejak kebelakangan ini dan berusaha menawarkan lebih 31,000 pekerjaan daripada 450 syarikat menerusi penganjuran Job Fair 5.0 di seluruh negara.


“Mereka yang diberhentikan kerja oleh majikan atas sebab tertentu tidak boleh berputus asa kerana mereka masih boleh berpeluang mencari kerja di tempat lain yang masih menawarkan kekosongan selain menjana pendapatan dengan berniaga kecil-kecilan terlebih dahulu,” katanya

Selain bayaran Faedah Pengurusan Jenazah, Nur Suhaili turut menerima pencen sebanyak RM38.36 sehari manakala dua anaknya, Muhammad Ilhan, tiga tahun, dan Amni Irdina, lapan tahun masing-masing menerima RM25.57 sehari yang menjadikan jumlah keseluruhan kira-kira RM2,685 sebulan.

“Saya berharap, Nur Suhaili tabah dan menggunakan pencen itu untuk persekolahan anak dan merancang kehidupan selepas ini kerana beliau seorang suri rumah dan mempunyai dua anak yang masih kecil,” katanya – BERNAMA

Kategori