Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tips: Anda Mahu Tahu...

Mungkin malang tidak berbau, bagaimanakah jika sesuatu kemalangan telah berlaku kepada anda?Pasti anda mahupun...

70 Peratus Kematian Di...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 70 peratus kematian yang berlaku di hospital kerajaan pada...

Mohammed Nor Pengerusi Baharu...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) melantik bekas pengerusi eksekutif Suruhanjaya Sekuriti,...

Suntikan Baharu Pulihkan Imej...

MELAKA - Status sebagai pulau bebas cukai dan hub produk koko adalah antara...

Mahkamah Batal Kad Perakuan Islam 2 Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan supaya kad perakuan masuk Islam milik dua kanak-kanak yang dibawa oleh ibu mereka memeluk Islam, dibatalkan serta-merta.

Hakim Datuk Azizah Nawawi dalam keputusannya juga memerintahkan supaya nama dua kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing berusia 10 dan lima tahun dibatalkan daripada senarai daftar mualaf dengan serta-merta.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan bapa mereka berusia 46 tahun yang beragama Buddha.

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan peguam Datuk Sulaiman Abdullah untuk menangguhkan keputusan tersebut bagi membolehkan pihaknya memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Menurut Hakim Azizah, mahkamah itu tiada asas untuk menangguhkan keputusan tersebut kerana terikat dengan keputusan melibatkan anak guru tadika, M. Indra Gandhi di Mahkamah Persekutuan.

Lelaki itu memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 14 Jun 2016 untuk mendapatkan perintah certiorari supaya kad perakuan masuk Islam bagi kanak-kanak itu, dibatalkan serta-merta.


Lelaki itu selaku pihak pemohon juga memohon perintah mandamus agar Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Pendaftar Mualaf yang dinamakan sebagai responden pertama dan kedua membatalkan serta-merta pendaftaran kedua-dua anaknya sebagai mualaf dalam rekod daftar mualaf.

Pihak pemohon juga memohon perintah certiorari supaya kad perakuan masuk Islam bagi anak lelaki dan perempuannya, dibatalkan serta-merta setelah ibu kanak-kanak itu membawa mereka memeluk Islam.

Lelaki itu dan ibu kanak-kanak tersebut hadir di mahkamah ketika keputusan itu dibuat. Namun begitu mahkamah dalam keputusan sebelum ini mengeluarkan perintah larangan agar pihak media tidak mendedahkan identiti mereka mahupun kanak-kanak itu. – UTUSAN ONLINE

Kategori