Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tabung Harapan Satu Gimik...

KUTIPAN derma besar-besaran oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui Tabung Harapan sejak awal...

Iktiraf UEC Atau DAP...

PETALING JAYA - DAP tidak teragak-agak meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan jika ia tidak...

Pelajar Sanggup Bayar RM500...

PULAU REDANG, (TERENGGANU) – Sekumpulan pelajar tahun kedua Universiti Malaysia Terengganu (UMT), yang...

Tiada Bayaran Untuk Pembaharuan...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) menyangkal laporan baru-baru ini yang mendakwa...

Majoriti Kru Kabin Sykt Penerbangan Australia Berdepan Gangguan Seksual

SYDNEY – Kira-kira 65 peratus kru kabin syarikat penerbangan Australia telah berdepan gangguan seksual, dengan seorang daripada lima mengalaminya sehingga 10 kali, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan (TWU) yang dikeluarkan pada Isnin.

Insiden itu termasuk serangan seksual yang serius, petugas dihimpit dan diserang, penumpang mendedahkan alat sulit mereka kepada petugas, petugas disentuh secara tidak wajar, komen yang bersifat amat seksual dan komen menjatuhkan maruah yang menyasarkan kru berdasarkan orientasi seksual mereka.

Keputusan menunjukkan bahawa insiden itu berlaku dalam semua syarikat penerbangan utama, dan kebanyakan laporan membabitkan juruterbang dan petugas kanan lain.

Susulan kebimbangan berdasarkan situasi yang bertambah buruk, hanya 31 peratus mereka yang berdepan gangguan seksual melaporkan perkara itu, dan mereka yang berbuat demikian menyatakan bahawa mereka amat tidak berpuas hati dengan cara aduan tersebut ditangani.

“Keputusan ini amat menyedihkan dan mengejutkan,” kata setiausaha nasional TWU, Michael Kaine.

“Ia menunjukkan bahawa syarikat penerbangan tidak mengambil serius isu itu dan tidak menyokong pekerja ketika mereka berdepan serangan sedemikian setiap hari.”


TWU kini merancang untuk bekerjasama dengan responden yang sanggup terlibat dalam kajian itu, bagi mencari penyelesaian bagi masalah tersebut.

“Kami telah mendapat banyak maklum balas positif daripada mereka yang kami hubungi untuk mengambil bahagian dalam kajian ini,” kata Kaine sambil menambah bahawa ramai orang ingin melihat isu ini didedah serta ditangani.

“ …belum memadai bagi syarikat penerbangan untuk menyatakan bahawa mereka sememangnya mempunyai polisi dalam menangani gangguan seksual.” – BERNAMA

Kategori