Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pesawat Singapore Airlines Nyaris...

SINGAPURA - Pihak pengurusan Singapore Airlines (SIA) sedang menyiasat bagaimana sebuah pesawatnya, jenis...

Ahli Bina Badan Mati...

SEORANG juara bina badan maut berikutan cedera parah selepas cubaan untuk melakukan aksi back...

Parlimen Australia Tarik Balik...

CANBERRA - Parlimen Australia hari ini menarik balik larangan menutup muka, termasuk burqa...

Malaysia Mampu Catat KDNK...

CYBERJAYA - Ekonomi Malaysia mampu mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak...

Mak Nyah Mengaku Tawar Seks Kepada Koperal Polis

KUALA LUMPUR – Gara-gara menawarkan perkhidmatan seks kepada anggota polis, seorang lelaki berperwatakan wanita didenda RM2,500 atau penjara enam bulan setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Mohammad Raffidz Rolando, 28, yang bekerja sebagai promoter di sebuah kedai minyak wangi didakwa telah mencari pelanggan bagi tujuan persundalan dengan menawarkan perkhidmatan itu kepada Koperal Roslin Ahmad Fuad di sebuah bilik di Hotel Silka, Kilometer 10, Jalan Cheras di sini kira-kira pukul 12.10 tengah malam, tiga hari lalu.

Mohammad Raffidz yang berpakaian wanita dengan skirt pendek berwarna hitam dan bersanggul didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda rendah atas alasan menyesal dengan perbuatannya itu dan mahu pulang ke kampung halamannya di Sabah.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mohd. Ashif yang mengendalikan pendakwaan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan orang awam.

Majistret Namirah Hanum Mohamed membebaskan Mohammad Raffidz selepas rakannya membayar denda berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Kategori