Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Jenazah Adnan Selamat Dikebumi

PORT DICKSON - Jenazah penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Adnan Othman selamat...

37 Penumpang Cedera, Bas...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 37 penumpang cedera selepas sebuah bas persiaran terbabas dan...

TUDM Akan Buat Persembahan...

LANGKAWI - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah bersiap sedia untuk memberi persembahan...

28 Individu Termasuk GRO...

Penampang : Seramai 28 individu tanpa dokumen pengenalan diri ditahan dalam serbuan di...

Maklumkan TNB Jika Premis Dinaiki Air Semasa Banjir

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai untuk segera menghubungi TNB jika premis mereka dinaiki air akibat banjir berikutan permulaan monsun timur laut bagi membolehkan syarikat utiliti nasional tersebut menghentikan bekalan demi keselamatan.

Menurut Ketua (Perhubungan Awam & Dalaman) TNB Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amin, TNB sentiasa mengawasi keadaan dari semasa ke semasa dan akan menutup bekalan ke pencawang di kawasan banjir sekiranya paras air mencecah tahap bahaya.

ā€œPenutupan bekalan elektrik ke kawasan terlibat dibuat untuk sementara waktu demi memastikan keselamatan orang awam terjamin dan ia akan disambung semula setelah air banjir surut dan keadaan kembali selamat.

ā€œSila hubungi pejabat TNB yang berdekatan, TNB CareLine 15454 atau Facebook TNB Careline sebaik paras air meningkat supaya bekalan elektrik boleh diputuskan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini,ā€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jabatan Metreologi Malaysia dalam satu kenyataan pada 26 Okt lalu memaklumkan bahawa monsun timur laut atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 27 Okt hingga Mac 2019.

Hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor pada November dan Disember 2018.


Mohd Aminuddin menasihatkan pengguna premis yang dinaiki air supaya menghindari penggunaan sebarang peralatan elektrik dan perlu mematikan suis utama bagi mengurangkan kemungkinan renjatan elektrik berlaku.

ā€œSuis elektrik dan perkakas elektrik yang terendam dalam air banjir perlu diperiksa dan diuji terlebih dahulu oleh kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sebelum digunakan semulaā€, katanya.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar sentiasa mengawasi tindak-tanduk anak mereka agar tidak menghampiri tiang elektrik yang tumbang atau wayar elektrik yang terputus semasa banjir kerana arus elektrik mungkin masih mengalir. –Ā BERNAMA

Kategori