Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

3 Kerusi BN Menang...

KUALA LUMPUR – Daripada lapan Pilihan Raya Kecil (PRK) sepanjang satu tahun Pakatan...

DAP Sarawak Ketandusan Modal...

KUCHING - DAP Sarawak ketandusan modal politik apabila mendakwa kerajaan akan menaikkan kadar...

Ibu Tak Restu, Tak...

KUALA LUMPUR: "Syamsul, jangan jadi munafik!" Itu reaksi ibu kepada pengarah Syamsul Yusof,...

Muhammad Safawi Pemain Paling...

BANGI - Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Safawi Rasid dinobatkan sebagai Pemain...

Makna Sebenar Pesta Arak Oktoberfest

PESTA arak Oktoberfest yang diadakan tahun ini bukan sekadar satu program untuk peminum arak meraikan satu pesta sambil penjual mempromosikan produk mereka.

Pesta arak kali ini ialah pesta meraikan kejayaan mereka dalam mengaut kuasa politik hingga membolehkan pesta seperti ini diadakan.

Kalau dulu banyak pihak termasuk pihak berkuasa tempatan yang menghalang, kini mereka sudah berkuasa dan semua yang boleh menghalang berada di bawah kuasa mereka.

Inilah makna Malaysia baharu yang mereka maksudkan dan dilaksanakan, dengan perubahan kerajaan memerintah hanyalah tembok pertama yang mereka lepasi untuk mencapai hasrat ini.

Golongan liberal ini mahu mengubah norma-norma masyarakat Malaysia agar menerima gaya hidup mereka.

Normalisasi dijalankan melibatkan arak, gaya hidup seks songsang LGBT, tafsiran agama liberal dengan alasan rahmatan lil alamin dan banyak lagi.

Maka jelaslah pesta arak ini diadakan dan tidak akan dibatalkan kerana ini ialah pesta kejayaan mereka.

Kalau sebelum ini tentangan orang Islam dan kuasa politik dimiliki masih mampu menangani tuntutan melampau mereka, kali ini halangan ini sudah tiada kerana mereka sudah menguasai Putrajaya.

Selepas ini mereka akan melaksanakan usaha menguasai bandar-bandar utama termasuk mengadakan pilihan raya bandar, supaya hal melibatkan pihak berkuasa tempatan ini boleh mereka uruskan supaya menepati kehendak mereka.


Ini membuktikan lagi bahawa pesta arak ini bukan sekadar berkaitan dengan arak, tetapi kuasa politik yang boleh mempengaruhi kuasa pihak berkuasa agama dan pihak berkuasa tempatan.

Hak asasi minoriti lebih lagi satu penipuan dan alasan semata-mata, kerana minoriti sudah ada banyak tempat yang mereka boleh bebas minum.

Apa yang mereka mahukan sekarang ini ialah nilai-nilai mereka dijadikan nilai arus perdana dan menjadi ciri apa yang mereka maksudkan sebagai Malaysia baharu.

Jangan diharapkan pemimpin-pemimpin Islam dalam kerajaan, kerana mereka terhutang pada DAP dan golongan bukan Islam yang membantu Pakatan Harapan.

Nada mereka tidak akan bertentangan dengan apa yang menjadi ketetapan kumpulan paling berkuasa dalam PH.

Pesta arak yang diadakan ini hanyalah satu daripada program mereka untuk mengubah ciri Malaysia dan menghapus asas-asas agama Islam negara ini.

Dalam keadaan mereka berkuasa hari ini, semakin mudah untuk segala agenda mereka ini dilaksanakan.

Umat Islam hanya akan dapat menyekatnya dengan bersatu merapatkan saf mengetepikan kepentingan politik sempit masing-masing. – Mynewshub.tv

Kategori