Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Kes Culik Gemparkan Sabah...

KOTA KINABALU - Ketenangan wilayah pantai timur Sabah berkocak pada 2014 berikutan beberapa...

Pingat Perak Sangat Bermakna...

SEPANG - Pingat perak Olimpik yang diraih pemain beregu lelaki negara, Tan Wee...

Pakatan Harapan Ambil Masa...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan terburu-buru membuat keputusan berhubung cadangan penghapusan tol sebaliknya...

Gangguan Bekalan Air Di...

SEREMBAN - Beberapa kawasan di Seremban, Port Dickson dan Rembau akan mengalami gangguan...

Malay Mail Henti Terbit Akhbar Selepas 122 Tahun

TUTUP… Setelah lebih satu abad diterbitkan, Malay Mail akhirnya bakal ditutup mulai 1 Disember depan namun akhbar berbahasa Inggeris itu hanya dapat dibaca menerusi portal atas talian.

Dianggap sebagai akhbar tertua di Malaysia, ia diasaskan bekas pegawai kerajaan era kolonial Inggeris, John Henry Matthews Robson, dan mula dijual pada 1 Disember 1896 itu dengan asalnya bersaiz broadsheet atau lebar besar.

Ia akhbar pertama dicetak di Kuala Lumpur serta amat laris ketika itu kerana siar berita terkini dan diterbitkan pada waktu petang, sekali gus atasi saingannya, The Straits Times dari Singapura yang sudah lama wujud sejak 1845.

Namun ia kemudian menjadi saiz tabloid atau kecil setelah menjadi milik Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) pada 1974 yang juga terbit New Straits Times ekoran pemisahan daripada syarikat induknya di Singapura.

Menurut laporan media tempatan, sejajar penamatan akhbar bercetak, Malay Mail yang dikuasai syarikat Redberry Sdn. Bhd. sejak 2012; masih boleh diakses pembaca tetapi secara digital sepenuhnya mulai 2 Disember nanti.

Baca: Selepas 34 Tahun, Akhbar Sukan Popular Indonesia Tutup

Dan: Singapura Terpaksa Tutup Akhbar Percuma Popular TODAY

Pengumuman mengejut untuk tamat percetakan akhbar itu hanya dimaklumkan dalam satu sesi pertemuan pihak pengurusan dengan kakitangan pada 25 Oktober lalu dan turut dihadiri Ketua Pengarangnya, Datuk Wong Sai Wan.


Kesemua 165 staf terbabit juga diberi tempoh masa seminggu untuk putus sama ada mahu keluar daripada syarikat akhbar tersebut atau kekal dengan peranan baharu setelah penstrukturan semula dijalankan oleh pihak atasan.

“Sudah tentu saya sedih, sebab saya mula hidup sebagai orang surat khabar. Apabila kami sambut hari jadi Malay Mail ke-122 tahun pada 1 Disember ini, itulah cetakan terakhir dan esok cabaran baharu bermula,” kata Sai Wan.

Malay Mail pernah dicetak lebih 100,000 naskhah ketika zaman gemilang sedekad lalu sebelum jatuh teruk kepada hanya 10,000 naskhah dan kemudian cuma dijual di sekitar pasaran Lembah Klang. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori