Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anak Speaker Dewan Rakyat...

KUALA LUMPUR – Kredibiliti Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof dipersoalkan...

SPR Nafi Ada Kertas...

PUTRAJAYA - Hasil semakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati isu kertas undi tidak...

Operasi Petugas Kaunter DQI...

PENGURUSAN Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) mengumumkan penempatan petugas kaunter di bahagian...

Kritikan Ikhlas Akan Bantu...

KUALA LUMPUR - Sebarang kritikan yang dibuat secara ikhlas termasuk apabila berbeza pendapat...

Malaysia Ikrar Tamatkan Konflik Di Selatan Thailand

BANGKOK – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjanjikan bantuan “apa saja yang termampu” yang boleh dihulurkan Malaysia kepada Thailand, bagi menghentikan kitaran keganasan di wilayah selatan negara itu.

Beliau yang sedang dalam rangka lawatan dua hari ke Thailand berkata konflik di selatan negara itu merupakan satu peluang kepada kedua-dua negara untuk mempamerkan semangat kesetiakawanan antara mereka.

“Kami berikrar untuk membantu dengan apa saja cara yang termampu bagi menamatkan keganasan di selatan Thailand. Saya amat yakin dengan kekuatan hubungan kerjasama antara kita dalam menyelesaikan masalah bersama, sejujurnya kami mahu membantu mengurangkan atau menamatkan terus masalah sepenuhnya,” katanya dalam satu persidangan media bersama dengan rakan sejawatannya Jen Prayut Chan-o-cha di bangunan pentadbiran kerajaan di sini hari ini.

Terdahulu kedua-dua pemimpin serta delegasi masing-masing mengadakan mesyuarat dua hala di venue yang sama di mana mereka berbincang pelbagai isu yang mempunyai kepentingan bersama.

Malaysia merupakan fasilitator kepada rundingan damai antara kerajaan Thailand dengan Majlis Syura Patani (MARA Patani).

Sejak 2004, konflik bersenjata di empat wilayah di selatan Thailand telah mengorbankan lebih 7,000 nyawa.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor yang dilantik sebagai fasilitator kepada rundingan damai itu baru-baru ini, turut hadir dalam persidangan media bersama.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia amat menghargai kerjasama dan bantuan Thailand semasa negara berusaha memerangi keganasan satu ketika dahulu, dan kini berhasrat untuk membalas jasa dengan membantu Thailand mencari penyelesaian di selatan negara itu.

Selain masalah di selatan negara itu, Dr Mahathir berkata beliau juga mahukan supaya kedua-dua negara meningkatkan perdagangan dua hala.

“Perdagangan dua hala yang menunjukkan peningkatan 17.9 peratus pada tahun 2018 boleh ditingkatkan lagi apabila masalah yang berkaitan dengan karenah birokrasi di lintasan sempadan negara diselesaikan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Mohd Hilmi Khasfi Mat Zali memaklumkan laluan terlibat dibuka semula untuk semua kenderaan pada 8.55 malam ini.

Beliau, bagaimanapun berkata maklumat yang diterima daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan keadaan cerun di kawasan tersebut berisiko berlaku aliran air dan pergerakan tanah sekiranya hujan lebat.

“Sebagai langkah keselamatan, pihak JKR memasang papan tanda berhati-hati di sepanjang laluan terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Mohd Hilmi Khasfi berkata pihaknya juga akan melakukan rutin rondaan setiap dua jam bagi tujuan pemantauan dan sekiranya perlu pondok sebagai ‘fire point’ akan dibuka di lokasi.


Lebih 70 peratus daripada perdagangan antara Malaysia dan Thailand melibatkan perdagangan di sempadan.

Perdana Menteri berkata lintasan sempadan di Bukit Kayu Hitam akan dibuka 24 jam sehari bagi membantu usaha meningkatkan perdagangan antara dua negara, di samping rancangan untuk membina dua jambatan yang menghubungkan Pengkalan Kubor-Takbai dan Rantau Panjang-Sungai Golok.

Lintasan sempadan antara Langkawi dan Satun juga menerima jumlah pelawat yang tinggi antara dua negara dan ia boleh menjana perdagangan antara Thailand dan Malaysia.

Mengenai Asean, Perdana Menteri berkata perkumpulan itu memiliki ekonomi yang kukuh dengan lebih 600 juta penduduk, dan beliau mahukan supaya lebih banyak usaha digerakkan bagi meningkatkan perdaganga antara negara anggota.

“Dengan 600 juta penduduk, Asean merupakan pasaran domestik yang besar,” katanya dan menambah pemimpin Asean akan bertemu untuk berbincang mengenai cara bagi meningkatkan perdagangan antara negara anggota perkumpulan itu.

Thailand dijadualkan menjadi pengerusi Asean tahun depan.

Sementara itu Prayut dalam ucapannya berkata beliau mengadakan perbincangan yang tulus dan membina dengan rakan sejawatannya dari Malaysia mengenai rundingan damai yang difasilitasi oleh Kuala Lumpur.

“Saya beri jaminan kepadanya bahawa dialog akan diteruskan, dengan Malaysia sebagai fasilitator. Ia akan dilaksanakan, namun, ia tetap berada dalam kerangka kerja Perlembagaan Thailand,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua negara akan melebarkan lagi skop kerjasama dengan turut meliputi pelbagai bidang lain seperti keselamatan sempadan, pembangunan ekonomi, langkah-langkah bagi menangani isu keselamatan sempadan termasuk membanteras keganasan dan juga ekstremism.

Perdana Menteri Thailand itu juga berkata beliau menyifatkan Dr Mahathir sebagai seorang negarawan, yang juga pemimpin senior rantau ini, dan juga dunia. – BERNAMA

Kategori