Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SPRM Sita RM3 Juta...

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menyita sejumlah RM3 juta...

ADUN Tronoh Nafi Rogol,...

IPOH – Exco Perumahan, kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan...

Jihan Muse Umum Sedang...

TAHNIAH diucapkan kepada pasangan comel Jihan Muse dan Ungku Hariz apabila Jihan bakal...

Raja Salman Titah Arah...

RIYADH - Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz mengarahkan agar siasatan terperinci dijalankan...

Malaysia Kian Hampiri Sasaran 15 Pingat Emas

JAKARTA – Atlet para Malaysia hari ini meraih dua lagi pingat emas pada hari kelima temasya itu dalam misi memburu sasaran 15 pingat emas Sukan Para Asia 2018.

Malaysia turut meraih tujuh pingat perak dan lima gangsa hari ini untuk menduduki tangga kelapan dalam senarai pungutan pingat dengan mengumpul sembilan emas, 15 perak dan 17 gangsa.

Malaysia meraih emas dalam acara ping pong selepas pasangan kategori TT8-9, Chee Chao Ming dan Ting Ing Hock menewaskan pasangan Indonesia, Prahasta Mohamad Rian dan Kusnanto Kusnanto 11-7, 8-11, 11-6 pada perlawanan akhir.

Jaguh paralimpik negara yang mencatatkan rekod baharu dunia dalam acara 100m T36 lelaki dengan catatan 11.87 saat, hari ini menyumbangkan satu lagi emas dalam acara 400m T36 dengan mencatatkan masa 59.36 saat.

Anak jati Perlis yang menghidap cerebral palsy sejak berusia setahun itu ketika ditemui Bernama, melahirkan rasa syukur dan tetap bersemangat melaungkan “Malaysia Boleh!”.

Atlet boling padang Malaysia hari ini turut menyumbangkan empat pingat perak menerusi acara perseorangan lelaki B7, perseorangan lelaki B6, perseorangan lelaki B8 dan perseorangan wanita B8.

Dua lagi pingat perak diperoleh menerusi acara tenpin boling, manakala Muhammad Nur Syaiful Zulkafli menyumbangkan satu perak dalam acara renang kategori lelaki 200m Gaya Bebas.


Esok, tumpuan emas negara menjurus kepada acara basikal berpasukan lelaki MC1-5 yang dibarisi atlet Mohd Yusuf Hafizi Shaharudin, Mohd Najib Turano dan Zuhairie Ahmad Tarmizi.

Tumpuan juga kepada acara basikal wanita 3000m WB yang diwakili Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dan Nurul Shuhada Zainal dan acara basikal 4000m lelaki kategori MB yang dibarisi atlet Mohd Khairul Hazwan Wahab dan Mohd Nor Rizuan Zainal, yang akan berlangsung di Jakarta International Velodrome. Bagi acara tenpin boling, Malaysia menyasarkan emas bagi acara Mix TPB 8+9+9/10 yang dibarisi atlet Zahidi Lamsah, Abu Bakar Nyat dan Mohd Azrin Rahim.

Bagi atletik, jaguh paralimpik Malaysia, Mohamad Ridzuan Puzi akan beraksi untuk acara lompat jauh T36, manakala sasaran emas turut disandarkan kepada atlet lompat jauh kategori T12, Wong Kar Gee. – BERNAMA

Kategori