Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

1,300 Peserta Sertai Berbasikal...

SEBANYAK 1,300 peserta dari dalam dan luar negara termasuk Eropah, Jepun, Indonesia dan...

Dunia Di Ambang ‘Pandemik...

WASHINGTON - Dunia kini berada di ambang ‘pandemik kelaparan’ di tengah-tengah penularan wabak...

Bekalan Air 13 Kawasan...

Kuala Lumpur : Gangguan bekalan air tidak berjadual di 13 kawasan sekitar ibu...

Chris Pratt, Anna Faris...

PASANGAN suami isteri kegemaran Hollywood, Chris Pratt dan Anna Faris mengumumkan perceraian selepas...

Malaysia Terus Putih Mata, Tewas 1-5 Bertemu Britain

JOHOR BAHRU – Skuad hoki remaja negara terus berputih mata selepas ditewaskan 1-5 oleh Great Britain dalam aksi keempatnya pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor (SOJC) 2018 yang berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya, di sini malam ini.

Meskipun bermula agresif, namun anak buah Nor Saiful Zaini gagal mengatasi kemahiran pemain Great Britain yang memenangi kejohanan itu pada 2015 apabila pemainnya West Daniel meledakkan gawang tuan rumah dengan gol pertama seawal minit keenam menerusi gol padang.

Tersentak dengan jaringan itu, Malaysia bangkit lalu menyerang kubu pertahanan pasukan pelawat dan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-11 menerusi pukulan sudut penalti selepas hantaran Muhammad Luqman Hakim Mohamad Asri disempurnakan oleh Muhammad Nur Asyraf Ishak.

Pasukan pelawat kemudiannya menambah jaringan kedua menerusi gol padang pada minit ke-13 oleh Oates James dan pukulan sudut penalti pada minit ke-26 oleh Nurse Timothy yang disudahi Scott Duncan.

Bekas naib johan SOJC 2017 itu terus cemerlang apabila berjaya memperoleh gol keempat menerusi gol padang Russel Thomas pada minit ke-39.

Masuk minit ke-45, anak buah Jon Bleby itu terus menjarakkan kedudukan apabila menjaringkan gol kelima melalui gol padang oleh Golden Cameron.


Kedudukan 1-5 kekal sehingga tiupan wisel penamat.

Terdahulu, India yang pernah menjuarai kejohanan itu pada 2013 dan 2014, mengesahkan slot ke final selepas mengecapi kemenangan 5-4 bertemu juara bertahan Australia pada aksi keempatnya petang tadi.

Untuk rekod, India bakal beraksi di pentas final untuk kali kelima. Pasukan itu beraksi di final pada tahun 2012, 2013, 2014 dan 2015. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • hoki

Kategori