Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Terjerat Berasmara, Cemari Sambutan...

JOHOR BAHRU - Sambutan Maal Hijrah 1436H dicemari dengan kegiatan tidak bermoral segelintir...

Elak Kontroversi Peluk &...

Pada Jumaat lalu, satu sesi bertemu peminat telah diadakan khusus buat pengikut setia...

Untung Bersih Samsung Susut

SEOUL - Samsung Electronics mencatatkan keuntungan bersih 11.04 trillion won (RM40.2 bilion) bagi...

Banjir Di Sarawak Bertambah...

KUALA LUMPUR - Banjir di Sarawak bertambah buruk pagi ini apabila jumlah mangsa...

Man United Kini Dalam Bahaya, Bakal Hilang Pemain Terbaik

MANCHESTER United berisiko kehilangan pemain terbaiknya sekiranya Jose Mourinho bertahan sepanjang musim ini dan keadaan di kelab tidak diperbaiki dengan lancar.

Kemenangan 3-2 ke atas Newcastle pada Sabtu membangkitkan harapan bahawa Mourinho boleh mengubah perspektif dan mengekalkan tugasnya di Old Trafford berikutan tekanan yang memuncak mengenai masa depannya.

Selain itu, turut berpendapat bahawa lebih banyak kesulitan yang jelas antara Mourinho dan beberapa pemainnya.

Paul Pogba kekal menjadi kebimbangan terbesar, yang terdesak untuk meninggalkan kelab dan menyertai Barcelona pada awal Januari meskipun diberitahu bahawa dia tidak dijual.

Pogba mempunyai konflik dengan Mourinho dan dilucutkan jawatannya sebagai pembantu kapten, walaupun pemain Perancis itu masih boleh mendorong perpindahannya ke Sepanyol walaupun pengurus berkenaan dipecat.

Luke Shaw tidak mendapat kontrak pada akhir musim dan difahamkan pemain pertahanan England itu tidak berniat untuk menandatangani kontrak baharu sekiranya Mourinho masih mengendalikan skuad tersebut.


Manchester United cuba menyuarakan rundingan tetapi Shaw tidak memaafkan kritikan pengurus itu yang keterlaluan dalam tempoh dua tahun terakhir meskipun merebut tempat bagi skuad pasukan pertama musim ini.

Kesediaan Anthony Martial untuk membincangkan kontrak baharu dalam beberapa minggu kebelakangan ini dianggap berasas bahawa dia percaya jurulatih kelahiran Portugis itu tidak akan berada di Manchester United lebih lama lagi.

Martial mempunyai konflik dengan Mourinho dan didenda kerana tidak menghadiri program jelajah di Amerika Syarikat (AS) pada Julai lalu. – Mirror Online/mStar Online

Kategori