Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

2 Individu Hilang, Bot...

KUANTAN - Dua individu hilang dalam kejadian bot karam di Pulau Awang Mandur...

Hamidin Calon Terbaik Presiden...

DUNGUN - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan Setiausaha Agung Persatuan Bola...

“Bertindak Demokratik La Bro,”...

KUALA LUMPUR - "Bertindak demokratik la bro.."Itu kata-kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik...

Majistret Direman Disyaki Terima...

KUANTAN - Seorang majistret hari ini direman lima hari bagi membantu siasatan kes...

Mangsa Banjir Di Kerian Kekal 29 Orang Pagi Ini

IPOH – Paras air banjir di lokasi masih tiada penurunan menyebabkan jumlah mangsa banjir di daerah Kerian kekal 29 orang daripada sembilan keluarga setakat pukul 9 pagi ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kerian, kesemua mereka masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Aman, Bagan Serai sejak petang Ahad.

Mereka adalah mangsa dari tiga buah kampung – Parit Mat Keling, Parit Ali Kalang dan Parit Air Hitam 3.

“Paras air banjir di lokasi kejadian antara 0.5 hingga 1 meter. Ini kerana air dalaman daripada hujan lebat tidak dapat mengalir keluar ke sungai disebabkan paras air Sungai Kurau yang tinggi,” kata kenyataan itu.

Cuaca pada sebelah pagi di Kerian adalah cerah. – BERNAMA

Kategori