Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Guan Eng Pinjam Lagi...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dibidas kerana membuat pinjaman lagi...

Annuar Buru Emas Pada...

KUALA LUMPUR - Pelumba elit lebuh raya negara, Anuar Manan mengintai kilauan pingat...

Kiswah Kaabah Diganti Malam...

MAKKAH - Kain hitam bersulam benang emas dikenali sebagai Kiswah yang menutupi Kaabah...

Mayat Mangsa Letusan Gunung...

WELLINGTON - Polis di New Zealand merancang untuk mengeluarkan lapan mayat individu yang...

Mangsa Banjir Hilir Perak Kekal 205 Orang Pagi Ini

TELUK INTAN – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan dan ditempatkan di dua pusat penempatan sementara (PPS) di daerah Hilir Perak kekal 205 orang daripada 57 keluarga setakat 10 pagi ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak, di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong membabitkan 171 mangsa daripada 48 keluarga dari tiga kampung iaitu Kampung Batu 9, Batu 8 dan Batu 7 Changkat Jong.

PPS Dewan Majlis Perbandaran Taman Desa Aman membabitkan 34 mangsa daripada sembilan keluarga dari Kampung Sri Jaya, Batu 7 Jalan Maharajalela.

Meskipun cuaca di daerah Hilir Perak sebelah pagi ini sedikit mendung namun dijangkakan ramai mangsa banjir akan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing ekoran paras air mulai surut.

Kejadian banjir di Hilir Perak mula dilaporkan melanda kawasan Changkat Jong kira-kira 7 pagi Rabu akibat limpahan air Sungai Bidor susulan hujan lebat bermula sejak petang Selasa. – BERNAMA

Kategori