Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Johor Berkabung 3 Hari,...

SUSULAN kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Ismail, kesemua bendera...

Air Tangan Permaisuri Untuk...

KUALA LUMPUR - Ramadan tahun ini membawa kenangan indah bagi anak kebajikan Rumah...

Anjing Gemuk Jadi Kurus...

Ohio – Seekor anjing yang gemuk kerana suka makan burger dan pizza, berjaya...

Rakaman CCTV Dipapar Terus...

KUALA LUMPUR - Rakaman visual kamera litar tertutup (CCTV) dari dalam lif dipaparkan...

Mangsa Janji Harapan Palsu Mesti Segera Ambil Pengajaran

PARA pekerja MMC-Gamuda yang masa depan mereka tidak menentu sekarang ini bukan satu-satunya mangsa janji harapan palsu Pakatan Harapan.

Sejak PH berkuasa, banyak janji yang telah dimungkiri dan diabaikan, malah mereka yang menuntut janji itu pula yang dikecam.

Walaupun ramai pengundi mengundi PH semata-mata kerana janji-janji tersebut, tidak menjadi masalah langsung untuk PH mengabaikan janjinya.

Ramai para pekerja projek MRT2 itu sendiri mengakui mengundi PH kerana mahu membantu “menyelamatkan Malaysia”.

Mereka ini hanya senarai terbaru mereka yang ditipu oleh PH dengan janji-janji manis melangit yang dipersembahkan PH sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas.

Sebelum ini, kecoh tentang peneroka Felda yang tidak mendapat jumlah penuh elaun sara hidup, atau menerimanya lewat dan jumlah yang jauh lebih sedikit.

Derita mereka ditambah dengan kejatuhan harga komoditi yang mereka bergantung untuk pendapatan meneruskan hidup.

Syarikat-syarikat korporat Felda pula seolah-olah tidak diberi tumpuan sewajarnya seperti yang mereka janjikan sebelum pilihan raya.

Amat jauh sekali realiti selepas PRU14 dengan apa yang dijanjikan dan diharapkan sebelum pilihan raya.

Sebelum pilihan raya, mereka ini semua berharap nasib mereka akan berubah menjadi lebih baik.


Hal yang sama berlaku pada ramai pemandu teksi, yang berharap kehidupan mereka akan lebih baik di bawah kerajaan PH.

Semasa berkempen, Tun Dr. Mahathir sendiri berjanji akan menangani khidmat Grab yang dikatakan menjejaskan perkhidmatan teksi.

Mereka percaya dengan janji PH dan memberi sokongan penuh kepada PH. Mereka bersatu hati menyokong dan berkempen untuk PH.

Sekarang, janji itu seolah-olah tidak pernah diucapkan. Malah, pegawai menteri kewangan, Tony Pua pula mahu memberi habuan kepada Grab dengan mencadangkan khidmat mereka seperti bas pengantara MRT.

Sudahlah apa yang dijanjikan tidak kesampaian, pihak yang dikatakan menggangu periuk nasi pemandu teksi itu pula yang mendapat ganjaran.

Teksi kekal seperti sedia kala, pada masa yang sama perkhidmatan Grab berkembang dan mengambil semakin banyak syer pasaran.

Pada masa ramai kehilangan pekerjaan di bawah “Malaysia baharu” ini, makin ramailah yang akan memandu Grab. Makin terjejaslah pemandu teksi.

Ini semua boleh menjadi pengajaran kepada semua yang sebelum pilihan raya lalu membuak-buak semangat mahu melihat sebuah Malaysia yang baharu dan lebih baik, dan mahu melihat “Najib disumbat ke dalam penjara”. – Mynewshub.tv

Kategori