Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiada DNA Babi, KKM...

SESETENGAH golongan ibu bapa khususnya yang beragama Islam di Malaysia, memilih untuk menolak...

Dikompaun RM10,000, Shamsul Desak...

AYER KEROH - Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Shamsul Iskandar...

Rumah Keluarga Haziq Diceroboh...

KUALA LUMPUR - Keluarga individu yang mendakwa dirinya dalam video intim bersama seorang...

Geras Hantar Memo Kepada...

KLANG - Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) akan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong...

Mangsa Langgar Lari Di Cyberjaya Meninggal Dunia

PUTRAJAYA – Seorang kakitangan wanita Telekom Malaysia Bhd. (TM) Unifi maut setelah dirempuh dan diseret sebuah kereta dalam satu kejadian langgar lari di kawasan Shaftsbury Square di Cyberjaya semalam.

Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata mangsa, Wan Amirah Wan Alias, 31, yang merupakan Penolong Pengurus GTM Event Sales, dilanggar sebuah kereta model Hyundai ketika sedang melintas jalan di kawasan tersebut.

Pemandu dalam kenderaan dengan nombor pendaftaran BHS 7999 bertindak melarikan diri dalam kejadian kira-kira 7.34 malam itu, katanya ketika dihubungi hari ini.

Mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun meninggal dunia kira-kita 4 pagi hari ini (18 Oktober), katanya.

Abdul Aziz berkata kereta suspek turut merempuh empat lagi buah kenderaan yang diletakkan di kawasan itu iaitu sebuah kereta Toyota Avanza, Perodua Myvi, Honda City dan Proton.


“Pihak polis sedang mengesan pemilik dan pemandu kereta tersebut,” katanya.

Kes kemalangan tersebut tular selepas sebuah video yang dipercayai dirakamkan di tempat kejadian menunjukkan mangsa dilanggar oleh sebuah kenderaan ketika melintas jalan.

Abdul Aziz berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori