Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Khairul Hafiz Lengkapkan Kejayaan...

KUCHING - Acara olahraga temasya Sukma kali ini dianggap yang terbaik selepas 18...

PKR Gesa Perhalusi Tawaran...

PETALING JAYA - Pemimpin PKR meminta kerajaan mempertimbangkan cadangannya untuk membangunkan Kampung Baru...

Geng Jutawan Dadah Tumpas

Melaka : Cuba seludup keluar lebih 83 kilogram (kg) dadah syabu dan pil...

‘Berjimat Jangan Sampai Jejas...

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan langkah...

Masalah Sampah Di Bukit Bintang Perlu Ditangani Efektif

KUALA LUMPUR – Masalah 16 tan sampah sehari yang dihasilkan oleh penduduk sekitar Bukit Bintang perlu ditangani secara efektif bagi menghapuskan pembiakan tikus di kawasan itu, kata Ketua Pengarah Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Datuk Mohd Zain Hassan.

Justeru, Alam Flora hari ini melancarkan program gotong royong “Jom Bersih Bukit Bintang 15” bagi mendidik 72,000 penduduk setempat tentang pembuangan sampah secara betul termasuk menggunakan konsep kitar semula.

“Penghasilan sampah oleh penduduk terutamanya sisa komersil di sekitar Bukit Bintang ada lebih 16 tan sehari, jadi Alam Flora dan penduduk setempat perlu sama-sama uruskan sampah ini menggunakan konsep pengasingan sampah mengikut kategorinya serta mengitar semula sampah,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program ‘Jom Bersih Bukit Bintang 15’ di sini, hari ini.

Program itu yang dirasmikan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan merupakan anjuran bersama Jawatankuasa Persekitaran Bukit Bintang (BBCEC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Alam Flora.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL Datuk Mahadi Che Ngah berkata kempen menangkap tikus yang dilancarkan dalam program itu disambut baik penduduk setempat.


“Program menangkap tikus ini akan berjalan selama tiga hari bermula hari ini, di mana penduduk setempat di sekitar Jalan Berangan hingga ke Jalan Alor boleh membeli perangkap tikus yang kita bekalkan dan DBKL akan bayar RM3 bagi seekor tikus yang ditangkap,” katanya.​​​

Program gotong royong hari ini yang meliputi empat zon di Bukit Bintang berjaya menarik lebih 1,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak. – BERNAMA

Kategori