Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Jom Sertai Konsultasi Awam...

Berita baik kepada yang berminat untuk menyumbang kepada dasar dan ketetapan Lembaga Hasil...

6 Bulan Untuk Kerajaan...

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menjalankan kajian selama enam bulan terhadap projek Rangkaian...

Pokok 5,000 Tahun Tukar...

LONDON - Sebatang pokok purba berusia 5,000 tahun di Britain mulai bertukar kelamin sehingga...

Peniaga Didenda RM1,200 Jual...

IPOH - Seorang peniaga didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Masjid Jamek Idris Iskandar Shah I Bakal Dibaik Pulih

IPOH – Kerajaan negeri menyumbang RM500,000 kepada Masjid Jamek Idris Iskandar Shah I, Sungai Rokam, di sini bagi biayai kerja baik pulih membabitkan kemudahan asas dan hiasan dalaman.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata sumbangan itu diberikan selepas jawatankuasa masjid terbabit membuat permohonan kepada kerajaan negeri pada penghujung Ogos lepas.

Katanya permohonan itu juga telah diluluskan selepas mengambil kira peranan masjid selaku antara badan institusi ibadah kepada umat Islam.

“Apa yang penting apabila kita mentadbir negeri ini dengan berjimat cermat, Alhamdulillah kita akan ada sedikit kemampuan untuk memenuhi permohonan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek sumbangan tersebut di sini, hari ini.

Cek bernilai RM500,000 itu diserahkan oleh Ahmad Faizal kepada Pengerusi Masjid Jamek Idris Iskandar Shah I, Adnan Din sambil disaksikan lebih 100 jemaah.


Sementara itu, Adnan berkata kos keseluruhan kerja-kerja baik pulih masjid tersebut menelan belanja sekitar RM3.5 juta dan semua kerja berkenaan dijangka siap sepenuhnya menjelang awal Jun tahun depan.

“Kerja baik pulih masjid ini turut tertumpu kepada pembesaran ruang masjid yang pada ketika ini hanya boleh memuatkan 1,200 jemaah pada satu-satu masa.

“Selepas siap sepenuhnya, kita jangka ia boleh memuatkan 1,500 jemaah dalam satu-satu masa,” katanya. – BERNAMA

Kategori