Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Amber Heard Tuntut Cerai...

PELAKON Amber Heard dilapor telah memfailkan penceraian daripada suaminya, aktor terkenal, Johnny Depp. Amber,...

Dokumen Bertandatangan Palsu Dalam...

PETALING JAYA - Sebuah badan bukan kerajaan membuat laporan polis dengan mendakwa dokumen...

P.Pinang Akan Terus Benarkan...

GEORGE TOWN - Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini diberitahu kerajaan...

Agong, Raja Permaisuri Berangkat...

SUBANG - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat...

Maszlee Seru Contohi Utusan Pelihara Jawi

ALAHAI… Bulan Julai lalu, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dikutuk netizen kerana pegawainya biadab arah henti langgan Utusan Malaysia di semua institusi pendidikan awam.

Mungkin terkesan dengan ‘serangan’ pengguna media sosial khasnya yang anti-Pakatan Harapan (PH), akhbar tersebut sering dijadikan ‘bahan belasahan’ oleh pegawai beliau meskipun terbukti tindakan itu tidak kena gaya!

Terbaharu, seorang lagi pegawai Maszlee dengan sombong tulis hantaran dalam akaun sosialnya perihal Utusan Malaysia konon sengaja perbesar isu warna stoking walhal semua media tempatan pun siarkan berita yang sama.

Isu itu tular dalam media sosial dan sedar dengan kemarahan rakyat, Maszlee hari ini seru semua akhbar untuk contohi syarikat Utusan Melayu yang gigih pertahan tulisan jawi sebagai warisan khazanah ilmu bangsa Melayu.

Malahan ketika berucap merasmikan Karnival Semarak Jawi 2018 di Muar, Johor hari ini, beliau minta semua pihak perlu semarak semula tulisan jawi kerana ia juga boleh dianggap sebagai tulisan rasmi kedua negara selepas rumi.

Ia tulisan utama sejak abad ke-14 bahkan ada lebih 10,000 manuskrip Melayu klasik bertulisan jawi dalam pelbagai bidang di pelbagai institusi termasuk di England, Belanda, Amerika Syarikat, Rusia, Jerman, Perancis dan India.

“Penerbitan Utusan Melayu bertulisan jawi sebagai sisipan Utusan Malaysia juga dilihat sebagai suatu usaha positif dalam menyemarakkan semula tulisan jawi. Semoga usaha murni ini dicontohi oleh akhbar-akhbar lain,” katanya.

Untuk rekod, Utusan Melayu yang diterbitkan pada 1939 sebelum dihentikan penerbitan akibat tiada sambutan dan dijadikan akhbar sisipan Utusan Malaysia setiap Isnin namun versi harian masih boleh dibaca menerusi atas talian.


Ironi, Maszlee tidak hadir. Apakah beliau malu dengan Utusan Malaysia kerana selama ini kutuk akhbar itu? Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan, Datuk Jamil Rakon.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Nafisah Ahmad dan Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa Jabatan Dasar dan Penyelidikan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr. Rusmadi Baharudin.

“Penulisan pelbagai bidang ilmu dalam tulisan jawi boleh diteruskan jika dapat sokongan daripada semua pihak. PNM dan DBP perlu ambil tanggungjawab sosial ini untuk terbitkan bahan bacaan bertulisan jawi,” tegas Maszlee.

Menurut beliau, penyelidikan terhadap manuskrip tulisan jawi itu perlu diperbanyakkan untuk gali ilmu yang terdapat dalamnya dan disesuaikan pula dengan perkembangan ilmu pada masa ini. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori