Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Orang Asli...

GUA MUSANG : Seorang warga emas Orang Asli dari Kampung Tapai, Pos Hau...

PH Jual Aset Milik...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berada dalam keadaan tedesak sehingga terpaksa...

Keputusan Maria Chin Cabar...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 24 November untuk keputusan permohonan...

Pakai Jersi Malaysia, Gambar...

PEMERGIANNYA tiada galang ganti dalam bidang pengulasan sukan di Malaysia.Sehingga ke akhir hayat,...

Mayat Kesembilan Ditemukan Berhampiran Kontena Terakhir

GEORGE TOWN – Mayat kesembilan mangsa kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong di sini ditemui tertimbus sedalam lima meter dalam runtuhan tanah, kata Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah.

Beliau berkata mayat Mohamad Uzzal, lelaki warga Bangladesh, ditemukan berhampiran kontena terakhir pada pukul 5 petang.

“Mohamad Uzzal (33 tahun) yang sebelum ini dikenali sebagai Ujal ialah seorang daripada dua mangsa yang dikhuatiri hilang. Mayatnya ditemui dalam keadaan sempurna dan rakannya yang berada di lokasi membuat pengecaman dan mengesahkan itu adalah Uzzal,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya percaya mangsa terakhir Md Rahaz yang sebelum ini dikenali sebagai Rahat berada di kawasan berhampiran dengan mayat Uzzal ditemukan.

Pasukan penyelamat sedang menggali sedalam kira-kira lima meter lagi di kawasan sekitar penemuan mayat Mohamad Uzzal untuk mencari mangsa lain yang tertimbus.

“Kontena terakhir yang kami temui itu hancur dan kami tidak menolak kemungkinan ada beberapa lagi mayat lain di kawasan sekitar kontena itu,” katanya.


Mohamad Shoki berkata keadaan cuaca baik dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan sehingga semua kerja-kerja pembersihan di kawasan sektor tiga itu selesai.

Sehingga pukul 7 malam ini, sembilan mayat telah ditemui terdiri daripada tiga lelaki Indonesia, lima lelaki Bangladesh dan seorang wanita Myanmar, manakala seorang lagi lelaki Bangladesh dilapor masih hilang dipercayai tertimbus dalam runtuhan itu.

Kejadian yang menimbus kontena serta rumah kongsi pekerja binaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus itu turut menyebabkan empat orang cedera terdiri daripada seorang lelaki Bangladesh, dua wanita Indonesia, seorang daripadanya mengandung empat bulan, dan seorang wanita Kemboja. – BERNAMA

Kategori