Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penerbangan Paling Selamat Di...

SYDNEY – Tragedi yang menimpa dua buah pesawat Malaysia Airlines (MAS) tahun lalu...

Wow… DJ Era Ini...

SELEPAS berpeluang menemubual penyanyi popular British Ed Sheeran, penyampai radio Era FM, Jaa...

PRN: Hebat! Lebih ‘50,000’...

KUCHING - Ceramah PKR di Matang Jaya dekat sini malam Ahad berjaya mendapat...

Tuntutan Negara Arab Tidak...

DOHA - Qatar berkata tuntutan negara Arab dalam krisis diplomatik Teluk agak mustahil...

Mayat Lelaki Dijumpai Tersangkut Di Sungai Kandis

SHAH ALAM – Satu mayat lelaki ditemui tersangkut pada perangkap sampah di Sungai Kandis di Seksyen 36 di sini semalam.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri berkata mayat berkenaan dijumpai oleh penjaga perangkap sampah tersebut kira-kira 12.30 tengah hari sebelum menghubungi pihak polis.

“Pihak polis kemudian meminta bantuan bomba untuk mengambil mayat berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharuddin Mat Taib ketika dihubungi berkata mayat lelaki berkenaan telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut.

Ketika ditanya sama ada mayat itu adalah pemuda bermotosikal yang hilang selepas terbabit kemalangan melibatkan tiga buah lori dan sebuah kereta di Km14.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) Jumaat lepas, Baharuddin berkata pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut.


“Saya difahamkan pihak hospital telah menghubungi keluarga pemuda tersebut bagi engambil contoh DNA untuk proses mengenal pasti sama ada mayat yang jumpai semalam adalah mayat pemuda itu atau tidak,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mayat

Kategori