Tuesday, September 17, 2024

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Terima Subsidi...

Program rasionalisasi subsidi minyak akan dijalankan menerusi tiga peringkat, bergantung pada pendapatan bulanan...

Kren Tumbang Lagi Di...

LIMA buah kenderaan diletakkan di kawasan parkir depan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)...

Rumah Terbakar, Kereta Turut...

KOTA MARUDU - Bukan saja dua rumah terbakar, malah penghuninya kehilangan empat kenderaan...

Polis Melaka Selesai 60...

MELAKA - Polis Melaka telah berjaya menyelesaikan kira-kira 60.2 peratus atau 584 daripada...

Mayat Penumpang Lion Air Ditemui

JAKARTA – Mayat seorang penumpang berjaya ditemui berhampiran lokasi pesawat Lion Air JT610 terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Kompas TV melaporkan, mayat terbabit ditemui oleh pasukan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), polis serta Tentera Nasional Indonesia (TNI).

ā€œBerdasarkan pemantauan dan maklumat yang diterima, terdapat seorang mangsa ditemui,ā€ kata Adi Wahadi yang bersama pasukan Polis Air Indonesia (POLAIR) ke lokasi.

Menurutnya, mayat sudah diambil dan dalam proses untuk dikenal pasti identiti mangsa.

Pada masa sama, mereka turut menemui pelbagai serpihan yang dipercayai daripada badan pesawat termasuk barangan peribadi milik mangsa seperti beg tangan.

Serpihan terbabit kemudiannya diperiksa di dalam kapal penyelamat yang dikerahkan dalam usaha pencarian. – Agensi

Kategori