Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bekalan Telur Mencukupi Menjelang...

NIBONG TEBAL, 21 Dis (Bernama) -- Malaysia tidak perlu mengimport telur ayam dari...

BN Perak Mula Kenal...

IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak sudah mula mengenal pasti nama yang berpotensi...

Melaka Perketat Prosedur Agihan...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka akan memperketat prosedur pengagihan baja percuma kepada petani...

“Dengan Basikal Aku Menjelajah”...

Beliau nekad meninggalkan pekerjaan sebagai pensyarah, beliau juga sanggup meninggalkan hidup serba selesa...

Mayat Wanita Reput Dijumpai Di Inanam

KOTA KINABALU – Mayat seorang wanita berumur dalam lingkungan 20-an, ditemui dalam keadaan reput di kawasan hutan belukar di Kampung Tamalang Silau, Inanam, petang semalam.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata mayat itu ditemui kira-kira 5.40 petang dan ketika dijumpai mangsa berpakaian ‘track suit’ hitam bertulis ‘SMK Kamabong’ serta kemeja-T hitam dan muka (wajahnya) ditutup dengan jaket warna biru muda.

“Keadaan mayat sukar dikenal pasti kerana mayat telah reput. Tempat kejadian dalam hutan belukar dan kedudukan mayat di kawasan berair,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Habibi sehingga kini maklumat wanita itu belum diperoleh kerana semasa dijumpai tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayatnya.

Mayat kini berada di Hospital Queen Elizabeth 1.


Justeru, katanya pihaknya memohon bantuan orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau majikan yang kehilangan pekerja agar menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di talian 088-221191 atau Ketua Polis Balai Inanam S/Insp. Mahmud Hasan di 019-8300011. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori