Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bella Dan Emran Bernikah...

JUMAAT merupakan hari yang paling mulia bagi agama Islam serta penghulu segala hari....

Rasuah: Pemilik Bas Dijel...

KUANTAN - Seorang pemilik bas hari ini, dihukum penjara sehari dan denda RM11,000...

Sikap Sultan Nazrin Shah...

IPOH - Sultan Nazrin Shah adalah seorang yang merendah diri serta berjiwa rakyat,...

Bayaran Balik: PTPTN Akan...

ARAU - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan meneliti semua cadangan yang...

MBPP Kesal Kontraktor, Perunding Tidak Maklum Ada Aliran Air Sungai

GEORGE TOWN – Kejadian tanah runtuh di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di Paya Terubong di sini boleh dielak sekiranya pihak kontraktor dan perunding projek itu memaklumkan mengenai kewujudan aliran air sungai ke kawasan cerun itu.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk Yew Tung Seang berkata pihaknya kesal dengan tindakan kontraktor dan perunding projek yang tidak memaklumkan mengenai perkara itu sehingga menyebabkan berlaku kemalangan jiwa di tapak binaan itu.

“Saya pergi sendiri ke tempat cerun berkenaan dan mendapati ada satu anak sungai di kawasan cerun yang dipercayai punca utama kejadian tanah runtuh itu.

“Tapi apa yang mengecewakan saya pihak kontraktor tidak memaklumkan mengenai perkara ini. Sepatutnya kejadian seperti ini boleh dielak jika mereka memaklumkan lebih awal dan mengambil tindakan segera dengan mengalihkan aliran air sungai itu,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Semalam, pemeriksaan dan pemantauan awal yang dijalankan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) mendapati terdapat aliran air dari anak sungai di kawasan cerun di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini yang dikenalpasti antara punca kejadian tanah runtuh di kawasan itu pada Jumaat.

Kejadian yang dilapor pukul 1.56 tengah hari itu sehingga kini mengorbankan lapan nyawa pekerja asing dan menyebabkan empat cedera manakala dua lagi dilapor masih hilang.


Sehubungan itu, MBPP mahu pihak kontraktor dan perunding memberikan surat tunjuk sebab berikutan kegagalan mereka memaklumkan kewujudan aliran air dari anak sungai yang terdapat di kawasan cerun itu.

“Selain surat tunjuk sebab itu, kami mahukan penjelasan daripada pihak terbabit dalam masa segera dan dari situ MBPP boleh melihat sama ada mereka mengikut SOP (prosedur operasi standard) atau sebaliknya,” kata Yew.

Bagaimanapun, MBPP tidak mahu terus menuding jari kepada pihak kontraktor dan perunding berhubung perkara itu sebaliknya mahu menunggu laporan penuh daripada mereka terlebih dahulu.

Yew berkata projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus bernilai RM545 juta yang dilaksanakan oleh tiga pihak iaitu MBPP, PLB Land Sdn Bhd dan Geo Valley Sdn Bhd itu akan tetap diteruskan dan berharap dapat disiapkan mengikut jadual. – BERNAMA

Kategori