Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wi-Fi roKKi Hiburan Dalam...

KUALA LUMPUR - AirAsia sedang menawarkan hiburan dalam penerbangan percuma melalui portal roKKi,...

Polis Tumpas ‘African Scam’,...

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan membabitkan warga Afrika (African Scam)...

Boko Haram Makin Bermaharajalela...

ABUJA, Nigeria – Kumpulan militan Boko Haram menculik sekurang-kurangnya 80 orang dalam satu...

Ahli Perniagaan Direman Kes...

PUTRAJAYA - Seorang ahli perniagaan direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes...

Melaka Beri Pengecualian Denda Lewat Cukai Tanah

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka memberikan pengecualian denda lewat cukai tanah negeri ini bermula 1 Oktober lepas hingga 31 Disember depan bagi mereka yang menjelaskan sepenuhnya cukai tanah dan tunggakan.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata pengecualian itu melibatkan denda lewat berjumlah RM21.3 juta, namun pengecualian itu antara lain dapat menggalakan lebih ramai rakyat menjelaskan cukai tanah sepenuhnya seterusnya meningkatkan hasil pendapatan negeri.

“Kerajaan negeri berharap agar penduduk negeri itu dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan menjelaskan semua tunggakan cukai yang ada.

“Diharap pembayar cukai tanah memanfaatkan peluang ini yang mana urusan pembayaran boleh dilakukan di kaunter Pejabat Tanah dan Daerah seluruh negeri selain Pusat Transformasi Bandar (UTC),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kerajaan Melaka di sini hari ini.

Majlis anjuran Perbadanan Melaka Holdings (PMH) itu turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Roslan Ibrahim, Ketua Pegawai Operasi PMH, Siti Ainshah Osman dan barisan exco kerajaan negeri.

Sementara itu, Adly dalam ucapan perasmiannya berkata kerajaan negeri akan mengkaji semula aktiviti perniagaan dan pencapaian syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) bagi memastikan tidak berlaku pertindihan sebarang fungsi dan aktiviti.


“Penilaian terhadap fungsi syarikat GLC ini sedang diperhalusi agar mereka lebih fokus (mengkhusus), tidak bersaing sesama sendiri dan meneroka bidang yang mempunyai kaitan dengan bisnes asas. Tindakan penambahbaikan yang perlu diambil akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Antara aspek amalan pengurusan yang baik perlu dititik beratkan termasuk garis panduan pentadbiran, peraturan kewangan, pelantikan pembekal, perbelanjaan kewangan dan pengurusan aset bagi membolehkan sesebuah syarikat itu terus berdaya saing,” katanya.

Katanya langkah itu perlu diambil bagi memastikan imej dan reputasi kerajaan negeri tidak terjejas sekiranya gagal diurus dengan baik, menanggung beban hutang dan menimbulkan pelbagai isu berbangkit. – BERNAMA

Kategori