Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Peserta PLKN Gagal Ke...

KUALA LUMPUR - Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang gagal melanjutkan pelajaran...

Mahkamah Ditutup Susulan Lanjutan...

PUTRAJAYA - Susulan lanjutan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mahkamah di seluruh negara...

Jumlah Kumulatif Kes COVID-19...

PUTRAJAYA - Sebanyak 2,733 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, dengan Selangor kekal...

Kanak-Kanak Menderita Perut ‘Membusung’

PERUT membesar seperti busung. Itu penderitaan yang terpaksa dialami oleh seorang kanak-kanak berusia...

Melaka Kecoh Lagi Isu Babi, Kali Ini Di MITC

GEMPAR… Sebelum ini umat Islam kecoh dengan berita kerajaan Melaka jamu menu daging babi untuk dimakan wartawan Muslim yang buat liputan program rasmi di negeri itu pada 12 Julai lalu.

Meskipun Ketua Menterinya, Adly Zahari tampil meminta maaf keesokannya dan memberi jaminan insiden keji itu tidak akan berulang lagi pada masa depan, namun apa yang berlaku hari ini jelas seperti tiada apa-apa iktibar pun.

Malah isu kali ini tular menerusi media sosial yang memaparkan tiga gerai jual babi begitu ceria diserbu pengunjung bukan Islam pada Ekspo Tastefully Food & Beverage bertempat di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Adly yang tertekan dengan isu ADUN DAP Pengkalan Batu dan juga Exco kerajaan negeri, Norhizam Hassan Baktee bertindak biadab hina rakyat di Batu Berendam baru-baru ini, terpaksa buat dalih tipikal untuk cepat tutup isu itu.

Ini termasuk beri jaminan konon kerajaan Melaka akan siasat segera isu penjualan makanan tidak halal bebas dijual di MITC tetapi tidak pula menyatakan apakah bentuk tindakan dikenakan ke atas penganjur terbabit selepas ini.

“Kerajaan negeri akan siasat terlebih dahulu apakah yang berlaku di MITC jika ada isu berbangkit dan melanggar peraturan dengan berdasarkan laporan diberi kepada kita,” kata Adly ketika ditemui media tempatan hari ini.


Beliau sebelum itu menghadiri majlis penganugerahan darjah kebesaran negeri kepada 419 penerima sempena sambutan Hari Jadi Ke-80 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd. Khalil Yaakob, di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Tinjauan media di MITC turut mendapati memang benar berlaku penjualan makanan tidak halal di tiga gerai dalam ekspo berkenaan, malahan ia dihimpunkan sekali dalam satu tempat tanpa ada pengasingan atau dibuat sudut khas.

Perlakuan ini mencetuskan pertanyaan dalam kalangan masyarakat terutama umat Islam, bahkan gambar-gambar mengenainya sudah tular melalui media sosial sehingga ramai netizen kutuk kerajaan Melaka sebagai tidak tegas.

Ada yang mempersoalkan sama ada pihak kerajaan negeri atau Ketua Menteri memang tidak peka dan sensitif terhadap kesucian syiar agama Islam di Melaka sebagai agama Persekutuan dengan penganjuran program tersebut.

Ini termasuk beri kebenaran peniaga makanan ‘najis mughallazah‘ untuk sewa tapak di dalam dewan MITC. Ekspo tersebut telah pun bermula pada 11 Oktober lalu dan bakal tamat pada 14 Oktober ini. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori