Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Rebut Hadiah Menarik Peluang...

MENARIK... Selepas terima sambutan positif umat Islam di Wilayah Persekutuan, kempen berzakat selama...

Perdana Menteri Prayut Nafi...

BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha menafikan ada akaun Twitter atas...

PM Australia Ada Dua...

SYDNEY - Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, mendapati aib besar selepas gambar keluarga...

KJ Minta MOM, KOM...

SEREMBAN - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta Majlis Olimpik...

Melaka Tingkat Kemudahan Di Zon Perindustrian

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka akan mempertingkat dan menambah baik kemudahan serta keperluan di zon perindustrian di negeri ini termasuk memastikan akses jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan itu berada pada tahap terbaik.

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata langkah itu penting dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan dalam sektor perkilangan dan menambah peluang pekerjaan untuk rakyat di negeri ini.

“Kemudahan jalur lebar ini antara isu berbangkit yang masih membelenggu pemain industri di negeri ini kerana ia tidak mencapai tahap yang diperlukan mereka untuk beroperasi dengan sebaiknya selain ia keperluan penting ke arah menuju Revolusi Perindustrian 4.0.

Di Melaka sahaja kita mempunyai lima zon perindustrian utama iaitu di Ayer Keroh, Batu Berendam, Cheng, Bukit Rambai dan Rembia yang menjadi nadi atau penyumbang utama kepada ekonomi negeri dan negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Minum Petang Bersama Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) Melaka di sini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen dan Pengerusi FMM Melaka Datuk Jeffery Ong Cheng Lock.

Adly berkata kerajaan negeri melalui Mohd Rafiq akan terus melakukan dialog bersama peserta industri di negeri itu dari semasa ke semasa agar maklumat antara kedua-dua pihak dapat disampaikan secara efektif dan menyeluruh.

Beliau komunikasi dua hala yang berterusan juga penting bagi menyelesaikan isu berbangkit atau masalah baharu yang dihadapi untuk kebaikan kedua-dua pihak.


Sementara itu, katanya kerajaan negeri juga sedang berusaha mencari kawasan baharu di sekitar negeri untuk dibangunkan sebagai kawasan industri baharu ekoran kawasan sedia ada di Melaka hampir diisi sepenuhnya dengan pelbagai sektor industri.

“Kita tidak hanya mahu mengehadkan industri pengilangan ini di lima zon sedia ada sebaliknya kawasan baharu perlu dibangunkan untuk menarik lebih ramai pelabur tempatan dan asing,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti industri baharu yang boleh dibawa masuk ke negeri itu termasuk industri automotif.

Katanya untuk industri automotif, pihaknya telah mengemukakan tapak yang bersesuaian untuk pengoperasian sektor itu kepada kementerian berkaitan dan menunggu penilaian dilakukan. – BERNAMA

Kategori