Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

6 Maut, 9 Cedera...

ANKARA - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh manakala sembilan lagi cedera akibat serangan udara...

Mohamad Sabu Yakin PAS...

SHAH ALAM - Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyuarakan keyakinan parti...

Keputusan Tidak Letak Calon...

JOHOR BAHRU ā€“ Keputusan UMNO tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

DoJ Minta Bantuan Thailand...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat akan meminta bantuan kerajaan Thailand...

Melaka Tingkat Kualiti Pemuliharaan Tapak Warisan Dunia

MELAKA – Kerajaan Melaka komited dalam meningkatkan kualiti penjagaan dan pemuliharaan Tapak Warisan Dunia UNESCO agar negeri ini terus kekal sebagai suri teladan bukan sahaja bagi negeri lain, bahkan untuk luar negara.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata usaha berterusan dalam memelihara warisan di negeri ini amat penting kerana selain mempunyai nilai estetika, ia merupakan pelaburan yang baik dan menjadi daya tarikan pelancong.

ā€œKita sambut baik negeri dan negara luar menjadikan Melaka sebagai ā€˜role modelā€™ bagi negeri bersejarah dan kita sedia berkongsi ilmu pengurusan sektor pelancongan dan pemuliharaan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

ā€œMelaka turut mengambil pengalaman daripada Pulau Pinang, bagi kita perkongsian ini cukup penting kerana masing-masing mempunyai inisiatif tersendiri untuk menjaga nilai warisan,ā€ katanya kepada pemberita selepas melawat calon ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pendidikan Melaka Mohd Rashid Mohd Sidek dan Pengetua SMK Bukit Katil Abdullah Othman.

Melaka dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bersama George Town di Pulau Pinang semasa Persidangan ke-32 Jawatankuasa Warisan Dunia di Quebec, Kanada pada 7 Julai 2008.


September lepas, dalam pertemuan antara Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Muhamad Jailani Khamis dan Deputi Gabenor Provinsi Daerah Khusus Ibu Kota Jakarta, Bidang Budaya dan Pariwisata, Agus Suradika di Indonesia, pihak negara berkenaan memohon kerjasama Melaka bagi berkongsi inisiatif untuk memulihara tapak bersejarah.

Ini kerana Jakarta kini dalam usaha untuk menjadikan Kota Tua yang telah wujud sejak abad ke-16 sebagai Tapak Warisan Dunia yang mendapat pengiktirafan UNESCO seperti Melaka.

Seramai 12,764 calon di Melaka mengambil PT3 tahun ini, melibatkan 84 pusat peperiksaan dan daripada jumlah itu, 72 ialah calon berkeperluan khas daripada 38 buah sekolah. – BERNAMA

Kategori