Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Plan Prabayar 3GB Pada...

U MOBILE secara rasminya telah pun memperkenalkan pelan pascabayar terbaru daripada mereka, membawakan...

Penduduk Tanduo Diminta Lapor...

LAHAD DATU - Penduduk di sekitar perkampungan Tanduo, termasuk di kawasan Felda Sahabat...

Remaja OKU Dikhuatiri Lemas...

KEMAMAN - Keghairahan seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) untuk mandi di pantai...

24 Pati Ditahan Dalam...

KOTA KINABALU - Sebanyak 24 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam tiga...

Menteri Kewangan Diberi Tempoh 24 Jam Jawab Isu Grab

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diberikan tempoh masa selama 24 jam bagi memberi maklum balas berhubung cadangan kerajaan untuk menggantikan bas-bas di stesen-stesen transit aliran ringan (LRT) dengan perkhidmatan Grab.

Penasihat syarikat Big Blue Taxi Facilities Sdn. Bhd., Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, isu tersebut yang telah dibangkitkan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Tony Pua perlu diselesaikan segera bagi membela nasib pemandu-pemandu teksi.

“Kita hendak selesaikan masalah ini, kita tidak mahu bercakap dengan Tony dan orang lain kami nak cakap dengan menteri sahaja sebab isu ini dibawa oleh setiausaha politik beliau dan kami tidak tahu kenapa beliau lagi berkuasa daripada menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bertemu dengan wakil Kementerian Kewangan iaitu Setiausaha Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasinya, Suhaili Ahmad di sini hari ini.


Terdahulu, beliau mengetuai kira-kira 300 pemandu teksi berdemonstrasi bagi membantah cadangan tersebut.

Menurut Shamsubahrin, pihaknya bimbang sekiranya Grab dibenarkan untuk menggantikan penggunaan bas di kawasan tersebut bakal menjejaskan periuk nasi pemandu teksi terutamanya yang mencari rezeki di stesen LRT. – UTUSAN ONLINE

Kategori