Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Adakah Mereka Telah Didaftarkan...

KANGAR - Isu menjual warganegara kepada rakyat China merupakan satu perkara serius yang...

Wanita Ditipu RM100k Beli...

BEIJING - Seorang wanita dari wilayah tengah China ditipu sebanyak 168,000 yuan (RM106,421)...

Zaman PM Ke-4 Dulu...

SELEPAS dikejutkan dengan pelbagai kejutan, rakyat Malaysia sekali lagi terkejut apabila kerajaan Pakatan...

Rumah Mampu Milik Sentiasa...

SEREMBAN - Lebih banyak Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah mampu milik akan...

Minat Aktiviti Sukarelawan Dapat Sumbang Bakti Kepada Masyarakat

JOHOR BAHRU – Minat mendalam terhadap aktiviti kesukarelawan semenjak daripada bangku sekolah, memberi kepuasan kepada Nurul Syafiqah Md Tawfek kerana berpeluang menyumbang bakti kepada masyarakat.

Penerima Anugerah Sukarelawan dan Kepimpinan itu adalah antara 46 pelajar menerima anugerah dari Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB) atas sumbangan dan kecemerlangan yang diberikan dalam bidang tersebut.​​​​​​​​​​​​​​

Pelajar jurusan Diploma Kewangan dan Perbankan Islam itu, berkata dengan menyertai Yayasan Sukarelawan Siswa sejak 2017, golongan belia sepertinya dapat membuka mata dan lebih terbuka untuk membantu golongan tidak berkemampuan dan jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan.

“Walaupun masa belajar agak padat, saya akan cuba turut serta dalam misi bantuan di dalam negara dan paling jauh setakat ini ke Vietnam selama sebulan dan seminggu di Laos.

“Selain misi bantuan kemanusiaan, saya juga menyertai beberapa aktiviti di sana, dalam projek pembangunan komuniti seperti mengecat semula sekolah lama dan mengajar kanak-kanak serta terlibat program kesihatan,” kata anak sulung dari empat adik beradik itu kepada pemberita, selepas menerima anugerah pada majlis apresiasi PMJB di sini, hari ini.

Terdahulu, majlis aspresiasi itu disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah Governan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Mohamad Amin Hamat.


Hadir sama Pengarah PMJB Azirin Abdul Aziz.

Bagi penerima Anugerah Usahawan Kampus (dalam talian) Nurshazwani Mohd Razi, 19, menceburkan diri dalam bidang perniagaan sejak tahun lepas, memberi banyak manfaat kepadanya.

Beliau berkata keuntungan diperoleh daripada perniagaan menjual tudung digunakannya untuk menyambung pelajaran dalam bidang Diploma Logistik di PMJB.

“Dalam sebulan, saya boleh mendapat untung hampir RM800 mengikut musim. Kalau musim perayaan, dapat banyak. Saya memang minat berniaga kerana dapat jana pendapatan tambahan,” katanya. – BERNAMA

Kategori