Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

PRN Johor: Pemberian Vaksin...

JOHOR BAHRU: Pemberian vaksin secara percuma kepada rakyat tidak seharusnya menjadi bahan kempen...

Gula Semula Jadi Dalam...

KUALA LUMPUR - Pengeluar makanan dan minuman, Nestle Malaysia hari ini berkata fakta...

Terlalu Seksi, Pramugari Turkish...

Istanbul - Seorang pramugari dipecat selepas tindakan ‘menayangkan tubuhnya’ dalam video muzik dan...

Wanita Terkaya Dunia Meninggal...

PARIS - Pewaris L'Oreal, Liliane Bettencourt, yang merupakan wanita paling kaya di dunia...

Mitsui Outlet Park Buka 20 Kedai Baharu

SEPANG – Mitsui Outlet Park (MOP) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), telah menambah tawaran pengalaman membeli belahnya dengan membuka lebih 20 kedai baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kedai kepada 170 buah.

Timbalan Pengarah Pengurusan MFMA Development Sdn Bhd, TJ Cheah berkata antara yang dibuka adalah kedai-kedai yang unik kepada pembeli Malaysia seperti Le Ten Modern Asian Dining, Yome dan Kappa.

Kedai-kedai lain adalah Time Couture, Terranova, Calliope, Living Avenue, MJ Black by Metrojaya, Paul Frank, Tiny Button, Fred Perry, All Denim Outlet dan Toy World.

“Dengan kedai-kedai tambahan ini, MOP KLIA sekarang menawarkan jenama fesyen dan gaya hidup yang paling banyak di Lembah Klang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Cheah berkata, dengan pembukaan fasa kedua pada awal tahun ini, MOP KLIA sekarang ini, merangkumi keluasan lantai kasar keseluruhan sebanyak 56,530 meter persegi dengan beberapa pencapaian pertama di Malaysia seperti The Beauty Laboratory by Shiseido dan Sacoor One.


MFMA Development, adalah pemaju dan pengurus MOP KLia, merupakan syarikat usaha sama antara Mitsui Fudosan dan Malaysia Airports Holdings Bhd. – BERNAMA

Kategori