Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

UMNO Sanggup Bentang Akaun...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata UMNO sanggup membentangkan akaun...

ICJ Arah AS Kurangkan...

MAHKAMAH Dunia pada Rabu memerintahkan Amerika Syarikat agar memastikan sekatan yang dikenakan terhadap...

3 GAMBAR: Haru!! Ekzos...

Seperti kita sedia maklum ramai golongan mat rempit di Malaysia ni memang handal...

VIDEO: Aksi Kekonon “Hebat”...

HENDAK ketawa tapi, kesian pula rasanya.Seorang lelaki menerima padah apabila melakukan aksi lagak...

Modal Asing Terus Mengalir Keluar

KUALA LUMPUR – Aliran keluar modal asing daripada pasaran bon Malaysia berterusan untuk bulan kedua berturut-turut pada September, sebanyak RM3 bilion, melebihi RM2.4 bilion pada bulan sebelumnya, kata RAM Rating Services Bhd.

Ketua Penyelidik, Kristina Fong, berkata faktor luaran kekal sebagai pemacu utama aliran ini dengan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) meningkatkan Kadar Dana Persekutuan sebanyak 25 mata asas kepada jajaran 2.0 hingga 2.25 peratus, kenaikan ketiga tahun ini.

Pertikaian perdagangan AS-China terus memberi tekanan kepada risiko global dan mencari ruang untuk menghindarinya, dengan September merekodkan satu lagi tarif balas kedua-dua pihak, katanya dalam satu kenyataan.

Di peringkat tempatan, Fong menjangka, Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada masa hadapan memandangkan ketidaktentuan masih menyelubungi prospek pertumbuhan domestik dan luaran, di tengah-tengah pengetatan kecairan global dan kebimbangan geopolitik.

“Keseimbangan pertumbuhan dan tekanan aliran keluar meletakkan bank pusat berhadapan dengan pilihan yang sama sekali tidak diingini, kerana kekal dalam kedudukan sekarang adalah tindakan dasar yang paling optima,” katanya.


Fong berkata, pelabur tempatan dan asing menunggu pengumuman pembentangan semakan semula jangka sederhana Rancangan Malaysia ke-11 dan Bajet 2019 pada 18 Oktober dan 2 November depan, untuk mendapatkan panduan fiskal yang lebih kukuh terhadap hutang Malaysia dan trajektori defisit fiskal.

Kekuatan ekonomi makro tempatan tidak dijangka akan mendorong sebarang aliran masuk modal asing yang ketara sehingga sesuatu yang lebih jelas muncul, tambahnya. – BERNAMA

Kategori