Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jualan Q’Fish Di Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Sebanyak lapan tan stok ikan Q'Fish telah terjual di Terengganu...

Lagi Berita Mengenai iPhone...

Setakat ini, kebanyakan gambar yang tertiris adalah gambar iPhone 6 4.7 inci dan...

Nak Lontar Kata Kesat,...

NAMA pelakon ini terus melonjak naik seperti roket selepas kontroversi 'drama' putus cinta...

Anjing Liar Balas Dendam...

SHIJIAZHUANG (China) - Sekumpulan anjing liar bertindak membalas dendam dengan merosakkan kereta milik...

Mohamad Sabu Percaya Anwar Selesaikan Isu Veteran

PORT DICKSON — Menteri Pertahanan Mohamad Sabu percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan semua perkara berkaitan kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Saya yakin kebajikan veteran akan dapat dipertingkatkan dengan peningkatan pendapatan negara yang sedang kita susun sekarang ini supaya Malaysia kembali cemerlang,” katanya semasa berucap pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia kepada Veteran ATM Zon Port Dickson, di sini, hari ini.

Anwar yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson turut hadir pada majlis itu.

Mohamad berkata kerajaan komited membantu golongan veteran yang telah banyak berjasa kepada negara.

Dalam pada itu Mohamad melahirkan kekecewaannya apabila tabung-tabung kebajikan anggota tentera dan veteran yang dilancarkan bagi membantu golongan itu kurang mendapat sambutan.

Anggota tentera dan veteran telah melakukan pengorbanan besar dengan menjaga keamanan negara ini sehingga rakyat dapat hidup dengan aman dan para peniaga dapat menjalankan perniagaan dan meraih keuntungan.

“Pengorbanan para perajurit bukan hanya untuk Kementerian Pertahanan atau orang yang ada kepentingan dengan kementerian, pengorbanan para perajurit untuk memberi keamanan dan dengan aman itulah orang ramai dapat berniaga dan memacu ekonomi negara.


“Sebab itulah saya tidak akan jemu dan akan terus menyeru supaya tanggungjawab membela veteran dan menjaga kebajikan mereka adalah pada semua rakyat Malaysia termasuk peniaga-peniaga besar,” katanya.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Mohamad berkata kementerian akan menghidupkan semula Majlis Veteran yang telah empat tahun tidak bermesyuarat bagi menjaga kebajikan lebih 300,000 veteran berpencen dan tidak berpencen.

PRK Parlimen Port Dickson pada 13 Okt ini menyaksikan pertandingan tujuh penjuru dengan Anwar yang mewakili Pakatan Harapan bertembung dengan calon PAS serta lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. — BERNAMA

Kategori