JOSE Mourinho meluah hasrat untuk meneruskan kariernya di Manchester United.
Mourinho memberitahu perkara itu ketika menjawab soalan sama ada dia berminat untuk kembali ke Real Madrid ketika sidang media pra perlawanan Liga Juara-Juara bertemu Juventus awal pagi Rabu.
“Tidak. Masa depan saya di sini. Saya hanya fikir Manchester United sehingga akhir kontrak saya.
“Kontrak Mourinho akan berakhir sehingga 2020 dengan pilihan sambungan setahun.
Pengendali Portugis itu memberi komen tersebut berikutan pengurus terkini Real Madrid Julen Lopetegui berada dalam keadaan goyang.
“Saya meilhat situasi yang sama, menjalankan tugas saya sehari demi sehari dan ia berada dalam kawalan kami. Jika kamu mahu melihat kegagalan jurulatih, jangan tengok di sini.
“Pada pandangan saya, kami mempunyai perlawanan esok dan bersedia untuk memberi komitmen yang penuh.
“Saya tidak terfikir perkara lain selain aksi esok.
“Saya di sini, saya tidak boleh mengesahkan apa-apa perkara lain. Saya akan menjadi jurulatih esok,” tegasnya.
Dalam masa sama, Mourinhio turut diajukan mengenai pemainnya Paul Pogba yang bakal berdepan dengan bekas kelabnnya itu.
“Saya tidak suka sidang media ini. Saya tidak mahu bercakap mengenai Pogba, saya tidak mahu bercerita mengenai individu, saya tidak mahu bercakap dengan wartawan Sepanyol kerana mereka hanya berminat Real Madrid dan Ronaldo sahaja.
“Sekarang ini saya akan bertemu salah sebuah kelab terbesar dunia, sebuah kelab yang menjadi pilihan untuk menang kejohanan. Inilah motivasi saya yang membuatkan saya berada di sini.
“Tetapi sidang media ini telah pergi ke arah lain. Jadi jika anda ke arah lain, saya juga mahu pergi ke arah lain. Saya serius,” jelasnya. – mStar Online