Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Guan Eng Jangan Celupar...

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diingatkan agar tidak ‘bermulut celupur’...

Sendayan Kawasan ‘Sakit’ Yang...

SEREMBAN - Sendayan, sebuah kawasan arah selatan ibu negara kini muncul sebagai bandar...

Messi Kahwin Kekasih Sejak...

BUENOS AIRES - Bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi akhirnya mengahwini kekasihnya sejak...

COVID-19 Kini Menular Ke...

ABUJA - Kes pertama wabak Covid -19 direkodkan di Lagos, Nigeria, yang merupakan...

Mourinho Dedah 3 Pemain Chelsea Boleh ‘Sakiti’ United

JOSE Mourinho yakin Manchester United akan berdepan masalah jika mereka hanya fokus merantai pergerakan Eden Hazard.

Bukan itu sahaja, pemain seperti N’Golo Kante dan Willian juga boleh ‘menyakiti’ mereka di Stamford Bridge.

Hazard menjaringkan 10 gol dalam 14 perlawanan untuk kelab dan negaranya.

Malah pemain kebangsaan Belgium itu sudah tentu akan memberikan persembahan terbaiknya ketika melayan kunjungan United, malam Sabtu.

Mourinho memberi tanggungjawab kepada Ander Herrera dan Scott McTominay untuk menyekat kelincahan Hazard beberapa kali tetapi dia percaya Maurizio Sarri mempunyai beberapa pemain lain yang berbisa.

Eden Hazard

“Jika saya hanya fikir mengenai Eden, kami akan berdepan masalah. Ia mengenai Eden, Willian dan Kante.


“Amat sukar beraksi menentang sebuah pasukan dan fokus kepada seorang pemain jika pemain istimewa itu dikelilingi pemain istimewa yang lain,” kata Mourinho.

Hazard turut mengharapkan permainan yang menarik malam Sabtu.

“Ya, saya fikir begitu kerana tiga tahun lalu permainan juga amat mencabar. Setiap perlawanan menentang Manchester United dengan Ander Herrera atau saya masih ingat tahun lalu, pemain muda, McTominay, jadi saya harapkan pemainan kali ini lebih menarik,” katanya. – Metro.co.uk/mStar Online

Kategori