Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hujan Lebat Di Pahang,...

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan...

Kakak Ketua Menteri Sarawak...

KUCHING : Kakak kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg,...

Black Jaga Batas Hubungan...

SELAKU mentor, penyanyi Black mengakui sekarang dia lebih membataskan hubungan dengan protegenya, tidak...

Bapa Hidap Penyakit Kulit...

BALING - Seorang bapa yang menghidapi penyakit kulit yang teruk di sini, merayu...

Mourinho Dipulaukan, Konflik Dengan Lebih Ramai Pemain

JOSE Mourinho dikhabarkan ‘dipulaukan’ di Old Trafford selepas mempunyai konflik dengan lebih ramai bintang Manchester United.

Pengurus Manchester United itu pada Isnin mendakwa beliau masih mendapat sokongan para pemainnya, tetapi mengakui ‘segelintirnya mengambil berat berbanding yang lain’.

Tambah Mourinho: “Saya masih lagi individu semasa saya 20 tahun lalu dan saya masih naif, tetapi saya tidak percaya apabila seorang pemain tidak jujur.”

Bagaimanapun, dikhabarkan beliau mengkritik Antonio Valencia kerana tidak menghadiri perlawanan Piala Carabao pada minggu lepas yang menyaksikan pasukan itu ditewaskan oleh Derby County, dalam peranannya sebagai kapten kelab sebelum digugurkan untuk ke West Ham.

Mourinho difahamkan hampir tidak bercakap dengan Valencia setelah melepaskan Paul Pogba dari wakil kapten berikutan konflik bersama pemain kelahiran Perancis itu.

Sportsmail pada minggu lalu mendedahkan beberapa pemain termasuk Anthony Martial, Eric Bailly dan Andreas Pereira, berpihak kepada Pogba berbanding Mourinho, sehingga mewujudkan kem berasingan dalam Manchester United.


Kini terdapat kebimbangan serius berhubung berapa ramai pemain pasukan pertama yang tetap setia kepada jurulatih berusia 55 tahun itu.

Namun, Mourinho pada Isnin berkeras bahawa beliau dia tidak gentar dengan tugasnya. – Mail Online/mStar Online

Kategori