Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Laporan 3R Diterima...

Polis tidak menerima sebarang laporan membabitkan isu 3R iaitu raja, agama dan kaum,...

Operasi SAR Warga New...

JOHOR BAHRU - Kawasan pencarian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga...

“Isteri Tak Cemburu, Lebih...

PUJANGGA pernah berkata di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita yang mendorong....

Azwan Ali Mengamuk Lagi,...

ADOI makin menjadi-jadi nampaknya selebriti yang terkenal dengan gelaran Diva AA, Azwan Ali ini...

MP Perlis Tidak Kelihatan Di Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Seorang Anggota Parlimen dari Perlis yang perlu hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes seksual membabitkan mangsa bawah umur masih tidak kelihatan sehingga 12 tengah hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati kumpulan pengamal media mula berkumpul di hadapan pintu masuk Bukit Aman seawal 8.30 pagi bagi membuat liputan namun kelibat Anggota Parlimen itu masih tidak kelihatan.

Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamed ketika dihubungi Bernama semalam berkata wakil rakyat itu perlu hadir ke Bukit Aman kerana tidak berada di Perlis ketika ini tetapi berada di Kuala Lumpur atas urusan politik.

Keterangan Anggota Parlimen itu diuruskan oleh Bahagian Siasatan Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman.

Difahamkan, satu laporan polis dibuat baru-baru ini yang mendakwa mangsa berusia 15 tahun dicabul oleh Anggota Parlimen berkenaan, namun laporan itu ditarik balik keluarga mangsa.


Bagaimanapun, polis tetap meneruskan siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. – BERNAMA

Kategori