Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pengurus Jadi Mangsa, Che...

NAMPAKNYA kenyataan 'pedas' pengkritik fesyen, Zaihani Mohd. Zain yang mempersenda individu bertubuh besar...

‘Post Mortem’ Cari Punca...

PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan (KPM) akan menjalankan 'post mortem' bagi mengenal pasti punca...

Hafeez Mikail, Daiyan Trisha...

SEJAK kebelakangan ini, pelakon drama Hati Perempuan iaitu Hafeez Mikail sering kali memuat...

Badak Jawa Sudah Pupus...

SEREMBAN - Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. Hamim Samuri...

Nafi Tuduhan Anjing Ditembak Dalam Kawasan Rumah

MIRI – Majlis Bandaraya Miri (MBM) menafikan dakwaan bahawa majlis itu telah menembak seekor anjing dalam kawasan sebuah rumah penduduk dalam operasi berterusan mengekang wabak rabies.

Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang berkata tuduhan terhadap MBM itu berdasarkan gambar pasukan penguat kuasa MBM menembak seekor anjing di sebuah rumah kediaman di sini dan insiden itu adalah tidak benar selepas MBM menjalankan siasatan.

“Hasil siasatan kami mengesahkan anjing itu berada di luar pagar (rumah), ini adalah fitnah berniat jahat,” katanya kepada Bernama mengulas mengenai gambar itu yang viral di Facebook dan WhatsApp minggu lepas.

Selain itu, Yii berkata setakat ini tiada laporan yang diterima daripada pemilik anjing yang mengadu anjingnya ditembak dalam kawasan kediaman mereka walaupun tuduhan tidak berasaskan dilemparkan terhadap MBM selepas gambar itu tular dalam media sosial.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Pegawai Veterinar Bahagian Miri dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dr Sylmie Al-Harir berkata sehingga semalam 9,559 anjing telah diberi suntikan vaksin di Miri. – BERNAMA

Kategori