Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Betul Ke Datuk Vida...

KHABARNYA, Datuk Seri Vida (DSV) dan Edry KRU sedang menghadapi perselisihan faham berkenaan...

8 Kluster Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Sebanyak lapan kluster baharu yang dikenal pasti hari ini membabitkan...

Sarjan Ditemukan Mati Dengan...

Kuala Lumpur : Polis masih menunggu laporan bedah siasat berhubung anggota polis berpangkat...

Mengatasi Keluh Kesah Dan...

DALAM sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda: مَنْ...

Najib Akan Bincang Zahid Isu Status Presiden UMNO

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan berbincang dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai statusnya sebagai Presiden UMNO.

Najib berkata meskipun beliau tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam UMNO, beliau akan cuba berbincang dengan Ketua Pembangkang itu.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, bekas perdana menteri itu berkata seelok-eloknya perkara tersebut dibincangkan oleh Majlis Tertinggi UMNO bagi mendapatkan satu keputusan.

“Saya tidak lagi dalam kepimpinan UMNO, jadi biar perkara ini dihadapkan kepada kepimpinan UMNO.

“Saya juga tiada pendapat (tertentu) dalam perkara ini. (Tetapi) apa-apa pun saya akan bincang dengan Ahmad Zahid dalam hal ini,” katanya apabila ditanya sama ada Ahmad Zahid perlu mengambil cuti kerana menghadapi tuduhan di mahkamah.

Jumaat lepas, Ahmad Zahid, 65, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 45 pertuduhan yang melibatkan RM114 juta. – BERNAMA

Kategori