Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

TH Plantations Jual 2...

KUALA LUMPUR - TH Plantations Bhd. (THP) telah melupuskan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam...

Perkeso Buru Majikan Tak...

BANGI - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengeluarkan sebanyak 18,437 notis kompaun kepada...

Hubungi Wisma Putra Jika...

KEPALA BATAS - Rakyat Malaysia yang mahu ke Istanbul dinasihatkan supaya menghubungi Wisma...

Akhimullah Tekad Terus Sumbang...

JOHOR BAHRU - Pencapaian menjaringkan gol tunggal negara ketika beraksi menentang England pada...

Najib, Irwan Dibenar Ikat Jamin RM1 Juta Seorang

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Irwan Serigar Abdullah masing-masing diikat jamin RM1 juta setiap seorang dengan dua penjamin.

Hakim Azman Ahmad turut memerintahkan supaya pasport antarabangsa dan pasport diplomatik (jika ada) diserahkan kepada mahkamah.

Kedua-dua tertuduh turut dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh membayar RM500,000 hari ini dan bakinya dibayar dalam tempoh 10 hari bermula hari ini.

BEKAS Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah (kiri) ketika ditemui di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur. – Foto EPA

Terdahulu bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya memohon supaya kedua-dua tertuduh masing-masing dikenakan ikat jamin RM3 juta.


Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib bagaimanapun memohon supaya jumlah jaminan yang dikenakan terhadap anak guamnya sebelum ini diguna pakai bagi jaminan untuk tuduhan terbaru.

Peguam Datuk K Kumaraendran bertindak bagi pihak Irwan Serigar pula memohon supaya jumlah itu dikurangkan kepada RM500,000.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan kes pada 29 November ini. – BH ONLINE

Kategori