Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Malaysia Perlu Mohon Maaf...

KEMENTERIAN Pemuda Dan Olahraga (Kemenpora) Indonesia akan meminta penjelasan Persatuan Sepak Bola Seluruh...

NGO Felda Dakwa FGV...

KUALA LUMPUR - Majlis Permuafakatan NGO Felda mendakwa bahawa Felda Global Ventures Holdings...

Melaka Bakal Buka Laluan...

KOTA KINABALU - Hubungan baik antara Melaka dan Sabah akan diperkukuhkan lagi menerusi...

Pengguna Miskin Bakal Terbeban...

HARGA NAIK.... Pelaksanaan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus mulai...

Najib, Irwan Serigar, Hasanah Didakwa Esok

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Irwan Serigar Abdullah akan dituduh di mahkamah esok.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kedua-duanya akan dituduh bersama berhubung siasatan beberapa kes pecah amanah yang telah dilakukan oleh mereka melibatkan wang milik kerajaan.

“Najib dan Irwan Serigar akan hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada esok pukul 7.30 pagi untuk pertuduhan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Terdahulu, Najib dan Irwan Serigar masing-masing tiba di ibu pejabat SPRM di sini pada pukul 1.55 petang dan 3.25 petang.

Mereka dipanggil bagi melengkapkan proses akhir siasatan dan pendakwaan tersebut.

Dalam pada itu, Najib dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM pada pukul 5 petang selepas memberi keterangan selama tiga jam manakala bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan itu masih berada dalam bangunan tersebut.


Sementara itu, dalam kes berasingan, menurut SPRM, pihaknya turut mendapat izin mendakwa bekas Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasanah Ab. Hamid berhubung isu pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan.

Katanya, Hasanah akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari yang sama dan mengikut seksyen yang sama. – UTUSAN ONLINE

Kategori