Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Tips Genius Buat Lelaki...

PASTINYA apabila tiba sahaja musim perayaan, para suami tidak dapat lari daripada menemani...

Rundingan Semula Percepat Bekalan...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengadakan rundingan semula dengan syarikat pembekal vaksin dari seluruh...

Pelajar Tingkatan 6, Diploma...

KUALA LUMPUR - Bantuan wang tunai ‘one-off’ RM200 untuk pelajar institut pengajian tinggi...

MH370: Jangan Buat Spekulasi...

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman...

Najib Terus Dizalimi Dengan Guna AMLA

HARI ini Datuk Seri Najib Tun Razak dipanggil lagi Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman untuk beri keterangan atas tuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Begitu dahsyat sekali mereka mahu mendera bekas Perdana Menteri ke-6 ini. Mereka masih gagal untuk mendakwa Najib atas isu utama iaitu mencuri duit 1MDB. Maka AMLA terpaksa digunakan untuk menzalimi Najib.

Lihatlah betapa menggelabahnya Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri apabila diasak dengan soalan ‘panas’ oleh Zainab Badawi, moderator program bual bicara Hard Talk stesen BBC di London semalam.

Mahathir jelas hipokrit apabila ditanya tentang RM2.6 bilion. Pada beliau, mustahil ada negara walaupun Raja Saudi mahu memberi wang yang sebegitu banyak. Justeru, pada beliau wang itu dicuri daripada 1MDB.

Sedarkah Mahathir, Najib telah membuktikan dengan dokumen bahawa wang itu telah dipulangkan semula dan pasti bukan kepada pihak 1MDB.

Apabila ditanya oleh Zainab Badawi, bukti wang itu dicuri daripada 1MDB? Menurut Mahathir, ia dinyatakan dalam saman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat. Nampak sangat Tun M mereka reka jawapan.

Pihak DOJ tidak pernah menamakan Najib sebagai suspek. DOJ hanya memohon saman sivil untuk membekukan aset Jho Lo dan Riza Aziz. Bahkan hingga ke hari ini sebarang perbicaraan tidak pernah berlaku.

DOJ juga tidak pernah memanggil 1MDB untuk ditanya apakah ada wang dana 1MDB hilang kerana konon dicuri. Kemudian Tun M kata biarkan Mahkamah pula buat keputusan.


Apakah Mahathir lupa bahawa saman terhadap Najib hanya berkaitan isu SRC International dan saman AMLA. Tidak ada yang berkaitan langsung dengan mencuri duit 1MDB.

Apatah lagi SPRM sendiri mengakui siasatan kes 1MDB baru selesai 60%. Patutlah Tun M menggelabah. Sebenarnya Zainab Badawi berjaya mendedahkan hipokrasi Mahathir termasuk berbohong mengenai kes sodomi Anwar.

Semua orang ditipu. Justeru apa pun tuduhan nanti mengenai 1MDB, ia hanya konspirasi untuk melenyapkan Najib dan mencemarkan UMNO.

Mohd Puad Zarkashi
3.10.2018

Kategori