Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Faktor Cuaca Punca Disneyland...

SHANGHAI – Gergasi taman tema hiburan terbesar dunia, Walt Disney dilaporkan terpaksa menangguhkan...

45 Korban Pertempuran Di...

Tunis - Seramai 45 orang terbunuh apabila kumpulan militan menyerang pos tentera dan...

Video: Aksi Sempoi KJ...

SAMBUTAN Hari Sukan Negara yang berlangsung semalam, 10 Oktober dimeriahkan pelbagai acara dan...

Kerajaan Tidak Akan Tunduk...

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan kerajaan tidak akan...

Negeri Sembilan Bebas HFMD

SEREMBAN – Negeri Sembilan diisytiharkan bebas daripada wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan.

Beliau berkata langkah pencegahan yang diambil Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) dalam menangani wabak itu terbukti berkesan berdasarkan statistik terkini dikeluarkan jabatan berkenaan yang menunjukkan penurunan ketara sejak bulan lalu.

“JKNS hanya merekodkan dua kes HFMD pada minggu ke-42 tahun ini berbanding tiga kes pada minggu sebelumnya.

Penularan wabak HFMD berjaya dikawal dengan pelbagai langkah termasuk kempen berterusan membabitkan pengusaha tadika dan taska di seluruh negeri,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Kempen Kanak-Kanak Bebas Kaviti di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ahamad Jusoh dan Pengerusi Persekutuan Bebas Kaviti Masa Depan (ACFF) Malaysia, Profesor Dr Rahimah Abdul Kadir.

Veerapan berkata, secara keseluruhan bagi tempoh Januari sehingga hari ini, sebanyak 2,698 kes HFMD telah dilaporkan berbanding 759 kes pada tempoh sama, tahun lalu.


Beliau taburan kes HFMD mengikut daerah bagi tempoh berkenaan adalah 1,847 kes di Seremban, Port Dickson (227), Jempol (214), Kuala Pilah (144), Rembau (118), Jelebu (85) dan Tampin (63).

“Walaupun kes HFMD semakin menurun, kita mahu ingatkan semua pihak supaya sentiasa mengamalkan langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan semula wabak berkenaan.

“Sentiasa pastikan tabiat asas kebersihan dikekalkan selain melakukan saringan di premis bagi memastikan tiada kanak-kanak dijangkiti penyakit berjangkit tersebut,” katanya. – BERNAMA

Kategori